iLestari KWSP Gagal Kreditkan Ke Akaun? Ini Cara Kemaskini Maklumat Yang Perlu Anda Lakukan

Semakan status i-Lestari KWSP secara atas talian (online) melalui Portal i-Lestari Online boleh dilakukan sejak awal bulan Mei lalu. Seperti yang sedia maklum, tarikh bayaran i-Lestari KWSP akan diagihkan mulai 4 Mei 2020.

Baca: Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online, Dah Tak Perlu Isi Borang atau Beratur Lagi

Namun ada juga pencarum KWSP gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana nombor akaun yang sama dikemukakan oleh Ahli lain dan juga digantikan dengan Cek Jurubank.

Lestari KWSP Gagal Kreditkan Ke Akaun? Ini Cara Kemaskini Maklumat Yang Perlu Anda Lakukan

Apa yang perlu anda lakukan jika pengeluaran i-Lestari gagal dikreditkan ke akaun anda dan bagi yang berstatus Cek Jurubank? Kenapa ia berlaku?

Ikuti perkongsian di bawah untuk menjawab segala persoalan anda.

LULUS TETAPI GAGAL KREDIT ATAU CEK JURUBANK?

Jangan risau, jika anda berstatus lulus tetapi gagal dikreditkan ke akaun, anda hanya perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP secara atau talian melalui portal i-Lestari Online dengan cara-cara yang dikongsikan di bawah.

Bagi yang berstatus Cek Jurubank pula, anda hanya perlu menunggu cek tersebut sampai ke rumah anda melalui pos berdaftar.

PUNCA PEMBAYARAN i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN

Untuk makluman anda, punca sesetengah Ahli gagal menerima pengeluaran i-Lestari KWSP adalah disebabkan oleh kesilapan memasukkan butiran maklumat akaun atau Ahli telah meletakkan nombor akaun pihak ketiga.

Bagi pencarum KWSP yang gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana nombor akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain, anda akan menerima Cek Jurubank.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Jika anda menerima SMS yang menyatakan pengeluaran anda tidak boleh dibayar kerana nombor akaun yang sama dikemukakan oleh Ahli lain anda perlu kemaskini maklumat pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP.

Berikut adalah langkah-langkah kemaskini maklumat pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP:

  1. Pergi ke portal i-Lestari Online
  2. Masukan nombor kad pengenalan anda
  3. Isikan nama penuh dan nombor telefon bimbit
  4. Anda perlu buat pengesahan butiran pembayaran dengan pilihan akaun bank dikehendaki.
  5. Masukkan nombor akaun bank yang aktif.
  6. Pastikan akaun bank adalah milik ahli yang memohon dan nombor akaun adalah tepat.
  7. Kemudian, sahkan nombor akaun bank. Permohonan akan terbatal dan bayaran tidak dapat diproses sekiranya pemohon menggunakan akaun bank individu lain atau akaun bank bersama.
  8. Tick pada kotak yang disediakan.
  9. Klik pada butang ‘Saya Bukan Robot’.
  10. Akhir sekali, hantar permohonan anda.

MAKSUD STATUS CEK JURUBANK

Jika anda menerima SMS atau semak status dan dapati bayaran pengeluaran gagal dikreditkan ke akaun bank dan digantikan dengan Cek Jurubank, anda perlu hubungi KWSP di talian 03- 89226000 untuk maklumat lanjut.

Lestari KWSP Gagal Kreditkan Ke Akaun? Ini Cara Kemaskini Maklumat Yang Perlu Anda Lakukan

Anda tidak perlu hadir ke pejabat KWSP untuk urusan ini kerana Cek Jurubank akan dihantar terus ke alamat surat menyurat penerima bayaran melalui pos berdaftar.

Cek Jurubank dijangka akan diterima 14 hari dari tarikh bayaran tertakluk pada penghantaran pihak kurier. Untuk semakan nombor pos berdaftar, sila hubungi talian i-Lestari di 03- 89226000 atau kemukakan pertanyaan ke Khidmat Pelanggan i-Lestari.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma