Permohonan Air Percuma Selangor Skim Air Darul Ehsan 2022 Dibuka
Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan Skim Air Darul Ehsan atau dikenali sebagai SADE. SADE adalah program pemberian air secara percuma kepada rakyat di negeri Selangor dengan tujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat negeri itu terutamanya dalam kalangan berpendapatan rendah.
Program pemberian air percuma ini melibatkan penstrukturan semula industri air di Selangor supaya perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif serta dapat mengurangkan lagi taraf air semasa bagi kemudahan rakyat negeri Selangor.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program SADE dan cara membuat permohonan air percuma.
Isi Kandungan
SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)
Program SADE ini telah dilaksanakan pada 1 Mac 2020 di mana pemberian 20 meter padu air percuma secara bersasar kepada rakyat negeri Selangor sebagai fasa pertama.
Sebanyak 211,344 permohonan telah diterima pada tarikh tutup permohonan iaitu 31 Disember 2019. Namun setelah tapisan dilakukan, hanya 183,020 pemohon sahaja layak menerima SADE.
Kini permohonan bagi SADE dibuka semula dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan secara online boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2024.
SYARAT PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)
Antara syarat permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah:
- Warganegara Malaysia dan menetap di negeri Selangor
- Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM4000 ke bawah
- Premis kediaman adalah meter individu
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja
Nota:
Bagi pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah, anda akan menerima secara terus 20 meter padu air percuma di bawah SADE sehingga 31 Disember 2024.
CARA MEMOHON AIR PERCUMA SADE
Jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas, anda boleh membuat permohonan melalui dua kaedah iaitu:
- Secara atas talian di laman web SSIPR
- Muat turun Borang Permohonan SADE
Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel iprair@airselangor.com atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Sila hubungi 15300 bagi sebarang pertanyaan. Selamat memohon!