Portal eKasih: Cara Daftar Permohonan Baru & Semakan eKasih Online

Untuk makluman anda, eKasih bukanlah satu program bantuan oleh kerajaan. eKasih ini sebenarnya sebuah pangkalan data di bawah pengendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Mendteri (ICU JPM).

Sangkaan ramai bahawa eKasih ini adalah salah satu bantuan kerajaan ternyata salah. Apa sebenarnya fungsi eKasih ini?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui fungsi eKasih dan proses permohonan serta semakan eKasih secara online.

FUNGSI EKASIH

Portal eKasih: Cara Daftar Permohonan Baru & Semakan eKasih Online

eKasih ialah sistem yang mengandungi data isi rumah kategori miskin dan miskin tegar yang berdaftar. Data yang diperoleh akan digunakan oleh kementerian/ agensi yang memberi bantuan menerusi program-program pembasmian kemiskinan. Ianya juga ada menyimpan segala rekod bantuan yang diterima oleh individu, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Data dalam sistem eKasih ini juga digunakan untuk pemberian bantuan skim i-suri KWSP suri rumah. i-Suri adalah singkatan kepada Insentif Suri dan merupakan Caruman Sukarela dengan Insentif Khas Kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam sistem eKasih.

SIAPA YANG LAYAK DAFTAR EKASIH?

Berikut adalah golongan yang layak mendaftar eKasih:

  • Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi kawasan luar bandar.
  • Golongan berpendapatan rendah ini mestilah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) seperti berikut:

Portal eKasih: Cara Daftar Permohonan Baru & Semakan eKasih Online

CARA MENDAFTAR PERMOHONAN BARU

Bagi mereka yang merupakan golongan di atas bolehlah membuat permohonan baru dengan mekanisme pendaftaran terbuka. Pendaftaran boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut:

  • Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN);
  • Hadirkan diri ke Pejabat Daerah yang berhampiran;
  • Menerusi telefon, surat atau emel rasmi; atau
  • Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

PROSES PERMOHONAN EKASIH

Berikut adalah proses permohonan pendaftaran ke dalam sistem eKasih untuk rujukan semua.

Portal eKasih: Cara Daftar Permohonan Baru & Semakan eKasih Online

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SECARA ONLINE

Setelah membuat pendaftaran permohonan, anda boleh buat semakan status permohonan dari semasa ke semasa menerusi laman eKasih dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan klik butang ‘Klik untuk cari’.

Portal eKasih: Cara Daftar Permohonan Baru & Semakan eKasih Online

Selain itu, anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sistem eKasih, anda boleh terus ke Portal Rasmi Pembasmian Kemiskinan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma