Cara Semak Nama Blacklist CTOS dan CCRIS
Pasti ramai yang sudah terbiasa dengan perkataan senarai blacklist dalam membuat pinjaman kan? Kita difahamkan selalunya individu yang namanya disenarai hitamkan (blacklist) akan gagal untuk membuat sebarang pinjaman daripada perbankan dan institusi kewangan lain.
Antara dua tempat untuk mengetahui rekod blacklist seseorang yang sering menjadi rujukan oleh perbankan dan institusi kewangan adalah CCRIS dan CTOS.
Apa yang dikatakan dengan senarai hitam (blacklist) CTOS dan CCRIS? Bagaimana cara membuat semakan jika nama kita blacklist CTOS dan CCRIS?
Ikuti perkongsian di bawah untuk menjawab persoalan anda mengenai CTOS dan CCRIS serta cara membuat semakan blacklist.
Isi Kandungan
SENARAI HITAM (BLACKLIST) CTOS DAN CCRIS
Blacklist CCRIS dan CTOS boleh dikategorikan sebagai istilah tahanan atau kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan.
Untuk pengetahuan anda, blacklist CTOS dan CCRIS ini:
- Sebenarnya bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.
- Cuma ia merekodkan aktiviti peminjam sama ada membuat bayaran balik pinjaman dengan baik atau tidak dan maklumat itu akan dijadikan salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk memeriksa sejarah kredit peminjam, menilai risiko sebelum meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan.
- Sekiranya nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS itu menunjukkan bahawa dia “seorang pembayar hutang yang tidak bagus” maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman tertunggak yang terdahulu.
CARA SEMAK NAMA BLACKLIST CTOS DAN CCRIS
Semakan Blacklist/ Laporan Kredit CTOS
CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam. Bagi peminjam ingkar tidak langsung membuat bayaran pinjaman yang telah ditetapkan maka nama akan direkodkan dalam CTOS.
CTOS juga berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko daripada memberikan pinjaman kepada pemohon.
Untuk membuat semakan laporan blacklist CTOS, anda boleh berhubung terus dengan pihak CTOS di CTOS service centre menerusi maklumat yang boleh didapati menerusi pautan di bawah:
Anda juga boleh dapatkan bantuan atau maklumat cara dapatkan laporan kredit CTOS menerusi pautan berikut:
Semakan Blacklist/ Laporan Kredit CCRIS
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat adalah rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan institusi perbankan.
Jika bayaran bulanan ditetapkan oleh pihak bank yang dibuat oleh peminjam mengikut tempoh “bayaran cantik”, laporan yang direkodkan dalam data itu akan menunjukkan dia “seorang pembayar hutang yang bagus”, maka dia tidak akan menghadapi masalah kegagalan sekiranya membuat permohonan pinjaman baharu.
Jika sebaliknya iaitu rekod bayaran balik pinjaman tidak bagus, peminjam mungkin akan menghadapi masalah dalam kelulusan pinjaman yang baru.
Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada rekod, syarat dan kelulusan lain.
Berikut adalah maklumat mengenai semakan laporan rekod CCRIS:
- Rekod laporan CCRIS tidak boleh disemak melalui bank yang anda membuat pinjaman. Kebiasaannya pihak bank akan menyarankan anda mendapatkan rekod laporan kredit itu menerusi Bank Negara Malaysia BNM.
- Untuk membuat semakan laporan CCRIS, anda disarankan mengunjungi Bank Negara Malaysia atau Pejabat BNM di cawangan-cawangan AKPK yang berdekatan.
- Di Bank Negara Malaysia atau Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK disediakan kiosk layan diri untuk buat semakan CCRIS, malah maklumat rekod kategori pinjaman, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan lebih terperinci.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara semakan melalui eCCRIS, sila layari pautan di bawah:
PERINGATAN PENTING!
Pastikan anda menggunakan saluran yang betul dalam membuat semakan blacklist CTOS atau CCRIS. Jangan sesekali dedahkan maklumat peribadi seperti kad pengenalan kepada individu yang anda tidak tahu kesahihannya.
Terdapat beberapa kes, dimana ada pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab akan tampil mengambil kesempatan kononnya bagi menolong menyelesaikan masalah dengan mengenakan bayaran tertentu.
Jangan biarkan individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan butiran peribadi anda dengan mengambil kesempatan terhadap masalah yang dihadapi oleh anda. Semoga perkongsian ini jelas menerangkan cara membuat semakan blacklist CTOS dan CCRIS dengan betul.