MyASNB: Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Pelancaran portal myASNB adalah satu berita baik yang memberi kemudahan kepada pengguna Amanah Saham Bumiputera (ASB). Bagi pengemaskinian atau pengeluaran duit dari akaun ASB kini tidak lagi menggunakan buku pelaburan. Pengguna boleh lakukan di rumah secara atas talian sahaja.

Tanpa buku pelaburan juga, pelabur kini mempunyai pilihan dalam membuat semakan baki termasuk kemaskini dan menambah pelaburan dengan menggunakan transaksi secara online. Apa yang lagi menarik adalah apabila pelabur boleh membuat pengeluaran pelaburan melalui portal myASNB.

Namun, pelabur perlu mendaftar terlebih dahulu di Portal myASNB untuk menggunakan kemudahan ini.

Berikut adalah perkongsian mengenai cara membuat pendaftaran akaun myASNB, Semakan ASB secara online serta semakan baki dan dividen.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PORTAL MYASNB

Antara perkhidmatan yang disediakan di portal myASNB untuk kemudahan pemegang unit adalah:

  • Pertanyaan butiran pegangan semasa
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  • Pelaburan tambahan
  • Kemaskini maklumat peribadi

PANDUAN PENDAFTARAN MYASNB

Sebelum menggunakan perkhidmatan myASNB anda perlu kemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit, alamat emel dan alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB seperti pejabat pos.

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Selepas anda kemaskini maklumat, anda boleh gunakan perkhidmatan ASB dengan membuat pendaftaran terlebih dahulu. Ikut langkah berikut.

1. Buka Laman Web myASNB

Pertama sekali, anda perlu buka laman web myASNB

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

2. Daftar Akaun

Klik ‘Daftar di sini’

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Baca notis pemberitahuan dan klik ‘Teruskan’

Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C). Tandakan kotak untuk menerima T&C dan klik ‘Setuju’

3. Isikan Butiran

Isikan butir-butir akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin.

Klik ‘Seterusnya’ untuk teruskan.

Sahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan kemudian klik ‘Request TAC’.

Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS dan klik ‘Seterusnya’.

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Nota:

  • Klik ‘Hantar semula TAC’ jika anda tidak menerima TAC
  • Sila batalkan pendaftaran dan rujuk kepada cawangan ASNB terdekat sekiranya nombor telefon tidak dipaparkan atau tidak berpadanan.

4. Cipta Akaun Portal myASNB

Isikan maklumat yang diminta dan klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran.

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Simpan dan ingat maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.

Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama.

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Nota:

  • Kata laluan sementara akan dihantar melalui SMS jika nombor telefon bimbit anda telah disahkan semasa melengkapkan pendaftaran portal.
  • Anda akan menerima emel pengesahan melalui emel yang didaftarkan.
  • Setelah pendaftaran selesai, anda dikehendaki membuat Log Masuk Kali Pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.
  • Kata laluan sementara yang diterima adalah sah selama 30 hari sahaja.

5. Log Masuk Kali Pertama

Klik ‘Log masuk’ pada halaman yang memaparkan kata laluan sementara anda.

Anda juga boleh klik ‘Log masuk’ selepas kembali ke halaman utama myASNB.

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Masukkan ID pengguna dan kata laluan sementara.

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Selepas itu, sistem akan meminta anda menukar kata laluan yang baru.

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Kemudian, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru tadi.

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

MyASNB. Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Sekarang anda boleh gunakan portal myASNB untuk menyemak baki pelaburan terkini, menambah pelaburan dan mengemaskini maklumat.

PENGELUARAN ASB ONLINE

Mulai 20 April 2020, pelabur kini boleh membuat permohonan pengeluaran ASB secara online. Antara syaratnya adalah:

  • Had maksimum pengeluaran hanyalah RM1,000 sebulan
  • Minima sekali pengeluaran sebanyak RM100
  • Hanya tiga transaksi dibenarkan dalam sebulan
  • Info lanjut boleh rujuk portal rasmi myASNB

WAKTU OPERASI PORTAL MYASNB

Waktu operasi dalam talian myASNB adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Namun transaksi kewangan adalah terhad kepada waktu berikut:

  • Unit amanah harga tetap: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 6.00 petang)
  • Unit amanah harga berubah: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 4.00 petang) tidak termasuk cuti umum.

MUAT TURUN APLIKASI MYASNB DI TELEFON

Untuk makluman, bagi memudahkan pelabur aplikasi myASNB kini boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store di telefon pintar masing-masing.

Muat turun aplikasi myASNB melalui pautan berikut:

ANDROID- APLIKASI MYASNB

IOS – APLIKASI MYASNB

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my.

Dengan kehadiran myASNB ini, pelabur boleh membuat pelbagai urusan pelaburan secara online tanpa perlu pergi ke cawangan ASNB. Tambahan pula tiada sebarang caj tambahan dikenakan semasa menggunakan platform ini.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma