Ini Cara Hantar Email Follow-up Selepas Menghantar Resume/CV Kepada Majikan

Masih ramai dikalangan pemohon kerja tidak tahu bahawa mereka perlu follow-up majikan selepas menghantar resume atau CV untuk permohonan kerja. Follow-up majikan melalui email adalah penting sebagai tanda anda betul-betul berminat untuk bekerja.

Namun email yang dihantar tidak boleh dihantar sesuka hati. Ada caranya. Untuk follow up majikan selepas menghantar resume, anda wajib tahu beberapa perkara terlebih dahulu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum menghantar email follow-up dan cara menulis email tersebut.

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MENGHANTAR EMAIL FOLLOW-UP

Sebelum menghantar email follow up, pastikan anda take note dengan perkara ini:

  • Emailkan kepada alamat email yang digunakan untuk menguruskan pengambilan jawatan yang dipohon.
  • Alamat email anda pula perlulah mengikut nama anda sendiri untuk kelihatan lebih profesional.
  • Email follow-up adalah dibuat dalam tempoh-tempoh yang tertentu dan sekurang-kurang selepas 2 minggu permohonan dibuat.

Wajib Follow-up Selepas Menghantar Resume/CV Kepada Majikan. Ini Caranya

CONTOH EMAIL FOLLOW-UP

Contoh template email follow-up yang anda boleh gunakan adalah seperti berikut:

Subject line Email
(Software Developer) – Permohonan Nurina @ Permohonan Kerani Pentadbiran (Nur Kerry)
 
Email Body
 
Dear Mr. / Ms
 
I submitted a CV/Resume earlier this month for the Software developer advertised in the Jobstreet.com.my/ Mudah.my/Maukerja.my..
 
I am very interested in working at ABC Company and I believe my skills, especially my C and java experience at EFG company, would be an ideal match for this position.
 
If necessary, I would be glad to resend my resume or to provide any further information you might need regarding my candidacy. I can be reached at (123)456-7890 or abcdef@abcd.com. I look forward to hearing from you. Thank you for your consideration. Sincerely,
 
Signature
Nurina

 

ATAU

Wajib Follow-up Selepas Menghantar Resume/CV Kepada Majikan. Ini Caranya

Nampak tak email tersebut? Ringkas dan sampai tujuannya. Menghantar email follow-up tidak lah susah mana. Bahkan anda boleh gunakan ayat seperti di atas di dalam email anda cuma tukar sahaja content. Jangan malas untuk follow-up majikan kerana tindakan ini adalah salah satu tindakan yang menampakkan anda sebagai seorang yang betul-betul berminat dan profesional dalam mencari kerja.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma