Cara Daftar Akaun Maybank2u. Panduan Lengkap Dengan Gambar

Pada zaman teknologi ini, perbankan secara atas talian menjadi satu keperluan yang sangat penting kepada ramai orang. Terutama bagi orang ramai yang mempunyai banyak aktiviti dan jadual yang sibuk, transaksi melalui juruwang di cawangan bank atau ATM akan memakan masa dan menyusahkan lagi-lagi di kawasan bandar.

Justeru itu, sudah banyak bank di Malaysia menyediakan kemudahan perbankan secara atas talian yang menjadikan urusan pelanggan lebih mudah.

Maybank adalah salah satu bank terbaik di Malaysia, yang rangkaiannya tersebar di seluruh kepulauan. Sekiranya anda seorang pelanggan Maybank, cara buat perbankan online Maybank iaitu Maybank2u adalah sangat mudah.

Berikut adalah syarat membuat Maybank2u beserta langkah-langkah untuk membuat pendaftaran akaun Maybank2u.

SYARAT MEMBUAT AKAUN MAYBANK2U

Berikut ini adalah syarat yang mesti anda ketahui.

  • Anda adalah pemilik akaun Simpanan Maybank
  • Mempunyai card ATM/Debit Maybank
  • Mempunyai nombor telefon yang berdaftar di Maybank untuk TAC

CARA DAFTAR NOMBOR TELEFON TAC MAYBANK2U

Anda boleh pergi ke cawangan Maybank terdekat dan mengemukakan permohonan perbankan internet ke jabatan perkhidmatan pelanggan, atau mendaftar melalui mesin ATM Maybank.

Cara Daftar Akaun Maybank2u. Panduan Lengkap Dengan Gambar

Cara-caranya adalah pergi ke ATM Maybank terdekat. Selepas memasukkan kad ATM Maybank dan menaip nombor PIN, ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Pilih bahasa Malaysia
  2. Masukkan kad ATM Maybank dan nombor PIN
  3. Pilih menu Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts
  4. Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC
  5. Masukkan nombor telefon anda, pastikan nombor telefon betul. Pilih YA
  6. Selesai

CARA BUAT AKAUN MAYBANK2U ONLINE

Selepas mendaftarkan nombor telefon untuk TAC, kini tiba masanya anda mengaktifkan akaun Maybank2u. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Buka maybank2u.com.my pada browser Chrome, Mozilla, Opera atau Safari bebas sahaja.
  2. Pada sudut kanan atas klik Register Now
    Cara Daftar Akaun Maybank2u. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  3. Masukkan 16 digit nombor card ATM/Debit anda
  4. Masukkan 6 digit nombor PIN card ATM/Debit anda, klik Next
    Cara Daftar Akaun Maybank2u. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  5. Pada laman ini, anda mesti masukkan username
  6. Masukkan password sekurang-kurangnya 8 aksara (gunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Contoh Anda@Comel12*)
  7. Masukkan sekali lagi password yang sama
  8. Masukkan email anda
  9. TAC : nombor TAC
    Cara Daftar Akaun Maybank2u. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  10. Selepas tu klik Next.
  11. Seterusnya anda diminta untuk memasukkan gambar untuk keselamatan.
  12. Security phrase : perkataan bagi tujuan keselamatan contoh Andacomel
  13. Memorable Question : Jawab 3 soalan
  14. Klik butang Done

Selesai, anda boleh login ke akaun Maybank2u seperti biasa samada melalui aplikasi Maybank2u MY di telefon pintar atau di laman web Maybank2u. Masukkan username dan password anda dan pastikan paparan gambar dan image adalah betul milik anda. Klik yes dan anda sedia untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Mudah kan? Selamat mencuba!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma