Cara Mudah Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u
Keselamatan transaksi adalah satu perkara yang sangat penting untuk mengekalkan keselamatan dalam setiap transaksi yang dibuat oleh pelanggan setiap bank.
Perbankan online Maybank2u menerapkan pelbagai lapisan keselamatan, salah satunya menggunakan Transaction Authorization Code (TAC), di mana kod tersebut dihantar ke nombor telefon pelanggan yang didaftarkan.
Namun ada juga berlaku situasi kehilangan nombor telefon, nombor telefon disekat tidak aktif, telefon dicuri dan sebagainya. Sekiranya situasi ini berlaku kepada anda, tindakan yang perlu anda lakukan adalah menukar nombor telefon TAC anda dengan segera.
Isi Kandungan
KENAPA NOMBOR TELEFON TAC PERLU DITUKAR SEGERA?
Mengapa ia perlu diganti secepat mungkin? Sekiranya nombor hanya dibatalkan atau disekat, ia tidak akan menyebabkan masalah besar.
Apa yang menjadi masalah besar adalah apabila ia hilang atau dicuri kerana ini boleh membawa kesan buruk terhadap transaksi akaun bank anda.
Apabila pencuri memegang nombor telefon tersebut, mereka boleh membuat transaksi kewangan, sama ada pemindahan atau pembayaran e-dagang tanpa izin anda. Nasib simpanan anda akan berada dalam bahaya jika ini berlaku.
Jadi macam mana nak tukar nombor telefon TAC dengan segera? Ikuti perkongsian di bawah.
CARA TUKAR NOMBOR TELEFON TAC MAYBANK2U
Anda boleh tukar nombor telefon TAC maybank dengan menggunakan 2 cara di bawah. Pastikan anda membawa kad pengenalan, kad ATM dan buku simpanan untuk memudahkan proses tukar TAC nombor telefon.
1. Melalui Mesin ATM Maybank
Kaedah pertama adalah menukar melalui mesin ATM Maybank berdekatan anda. Cara-caranya:
- Sila pergi ke mesin ATM terdekat
- Masukkan kad ATM dan nombor PIN
- Pilih menu Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts
- Sila masukkan nombor telefon bimbit baru anda untuk menukar nombor telefon lama, tekan YA
- Selesai
2. Melalui Cawangan Maybank Terdekat
Untuk menukar nombor telefon di cawangan Maybank, anda perlu sediakan beberapa perkara iaitu nombor telefon baru, kad pengenalan, buku simpanan dan kad ATM Maybank.
Keperluan ini mesti dibawa dan diberikan kepada pegawai khidmat pelanggan bertugas sebagai bukti pemilik akaun yang sah.
- Sila pergi ke cawangan Maybank terdekat
- Ambil nombor giliran
- Cakap ke customer service, bahawa anda ingin tukar nombor TAC maybank
- Selesai
BOLEH KE TUKAR NOMBOR TAC MAYBANK SECARA ONLINE?
Pasti ramai yang menanyakan soalan ini. Tetapi malangnya anda tidak boleh menukar nombor telefon TAC Maybank2u anda secara online atas sebab keselamatan akaun.