Cara Tukar Nombor Telefon CIMB Clicks, Ikut Langkah Berikut
Dalam mengekalkan keselamatan dalam setiap transaksi yang dibuat oleh pelanggan, Bank CIMB telah menerapkan pelbagai lapisan keselamatan. Antara salah satunya adalah menggunakan Transaction Authorization Code (TAC) di mana kod tersebut dihantar ke nombor telefon yang pelanggan daftarkan.
Seperti yang kita tahu, setiap perbankan online akan menggunakan TAC sebagai lapisan keselamatan. Kod OTP akan diperlukan ketika anda mendaftarkan perkhidmatan di perbankan internet CIMB ataupun bank lain.
Baca Cara Mudah Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u
Bagaimana pula jika nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun simpanan bank atau ketika mendaftar sudah tidak aktif atau hilang? Padahal kod TAC akan dihantar secara automatik ke nombor telefon yang anda daftarkan.
Sudah pasti anda perlu menukar nombor telefon yang telah didaftarkan kepada nombor telefon yang baru.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara mudah untuk tukar nombor telefon CIMB Clicks.
Isi Kandungan
APA ITU TAC?
Transaction Authorization Code (TAC) adalah ciri keselamatan perbankan online atau mobile banking yang melindungi akaun anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan.
TAC akan dihantar kepada anda melalui salah satu kaedah berikut untuk mengesahkan bahawa anda adalah orang yang melakukan transaksi:
- SecureTAC
- TAC via SMS
- TAC via Messenger
CARA TUKAR NOMBOR TELEFON CIMB CLICKS
Terdapat dua kaedah yang anda boleh gunakan untuk tukar nombor telefon CIMB iaitu melalui ATM atau di cawangan CIMB terdekat.
1. Melalui ATM
Untuk kaedah yang pertama, anda perlu pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB dan lakukan penukaran nombor telefon sendiri. Cara-caranya adalah:
- Pergi ke ATM CIMB terdekat.
- Masukkan PIN ATM anda.
- Pilih menu Other dari menu utama.
- Pilih CIMB Clicks.
- Masukkan no telefon baru anda.
- Pilih PROCEED untuk memperbaharui nombor baru anda untuk TAC.
2. Melalui Cawangan CIMB Terdekat
Kaedah ini agak mudah, iaitu dengan melawat pejabat cawangan CIMB terdekat dan anda perlu membuat perubahan data di sana.
Untuk melakukan perubahan data iaitu menukar nombor telefon, anda perlu membawa buku akaun simpanan dan kad pengenalan (IC) dan seterusnya membuat perubahan data di kaunter customer service. Penukaran nombor telefon akan dilakukan oleh pegawai khidmat pelanggan yang bertugas.
BOLEH KE TUKAR NOMBOR TELEFON CIMB CLICKS SECARA ONLINE?
Pasti ada juga yang tertanya adakah mungkin untuk menukar nombor telefon CIMB Clicks secara online.
Untuk makluman anda, menukar nombor telefon secara online adalah tidak dibenarkan atas alasan keselamatan. Nombor telefon hanya boleh ditukar melalui dua kaedah yang dikongsikan di atas sahaja.
Baca Cara Daftar Secure2u Maybank Untuk Nikmati Pelbagai Kemudahan. Panduan Lengkap Dengan Gambar
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang buntu ingin menukar nombor telefon CIMB Clicks anda.
Ingat, nombor TAC merupakan nombor privasi yang hanya anda sahaja perlu tahu. Jangan dedahkan kepada orang lain. Jika nombor telefon yang anda daftarkan sudah tidak aktif atau hilang, segeralah tukar nombor telefon yang didaftarkan kepada nombor baru.