Doktor Ini Kongsi Cara Elakkan Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa, Jangan Tak Puasa Pula!

Apabila tibanya bulan Ramadhan, berpuasa merupakan ibadah wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap umat Islam diseluruh dunia dan bagi mereka yang mampu mengerjakannya. Bagi yang tidak berkemampuan dengan alasan sakit, uzur dan sebagainya pula mereka perlu menggantikannya di hari lain atau membayar fidyah.

Setiap umat islam pasti tahu dengan berpuasa, kita menjadi lebih sihat dan kuat. Namun ada juga sesetengah individu yang berasa kurang selesa dan rasa pedih ulu hati apabila berpuasa. Kadang-kadang pedih ulu hati ini berlaku ketika berpuasa kerana pemakanan yang kita amalkan.

Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui laman Facebooknya berkongsi tentang cara untuk anda elakkan masalah pedih ulu hati ketika berpuasa. Ikuti perkongsian di bawah.

SAKIT ULU HATI KETIKA BERPUASA

Berpuasa bukanlah punca utama masalah rasa sakit ulu hati. Secara amnya rasa sakit ulu hati hati ketika berpuasa mungkin dialami oleh beberapa individu, tetapi selalunya akan berkurangan setelah kita memasuki minggu kedua, ketiga dan keempat berpuasa.

Namun jika masalah itu berterusan, buatlah pemeriksaan lengkap. Janganlah kita beranggapan ia hanya masalah ‘gastrik” saja seperti mana yang selalu kita faham. Ia mungkin masalah yang lebih serius. Bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit di bahagian ulu hati, saya mencadangkan periksa pola pemakanan kita.

CARA MENGURANGKAN RASA SAKIT ULU HATI KETIKA BERPUASA

1.Hindari Makanan Pedas, Masam Dan Berlemak Ketika Sahur Dan Berbuka

Doktor Ini Kongsi Cara Elakkan Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa, Jangan Tak Puasa Pula!

Bukannya anda tidak boleh makan pedas langsung, tetapi berpada-pada lah. Kalau boleh hanya makan dalam kuantiti yang sederhana. Ini kerana kita berpuasa pada siang hari selama lebih kurang 13 jam, jangan seksa perut kita dengan kerap masuk makanan yang pedas ketika perut kosong.

2. Hindari Makanan Karbohidrat Ringkas

Doktor Ini Kongsi Cara Elakkan Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa, Jangan Tak Puasa Pula!

Pada waktu sahur dan berbuka, eloklah mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti kurma, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang mengandungi banyak karbohidrat ringkas dan makanan berproses, seperti nasi putih. Boleh tukarkan kepada beras rebus dan beras perang.

3. Minum Air Secukupnya Selepas Makan, Tetapi Jangan Terlalu Banyak

Doktor Ini Kongsi Cara Elakkan Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa, Jangan Tak Puasa Pula!

Minum air secukupnya dapat mengurangkan kepekatan asid yang berlebihan. Jika diambil terlalu banyak, boleh menyebabkan masalah penghadaman kerana asid menjadi terlalu cair. Elakkan juga minuman yang terlalu manis (bergula) atau bergas.

4. Jangan Makan Hingga Terlalu Kenyang

Doktor Ini Kongsi Cara Elakkan Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa, Jangan Tak Puasa Pula!

Pasti ramai yang bila tibanya waktu berbuka macam-macam makanan yang disumbat dalam perut. Sebenarnya itu tidak bagus. Apabila makan dalam jumlah banyak, perut akan terpaksa bekerja keras dalam jangka masa yang lebih lama untuk menghadamkan makanan yang diambil. Ini merangsangkan pengeluaran asid yang lebih banyak ke dalam perut. Makan dengan jumlah yang banyak, juga menyebabkan kita menjadi letih dan mengantuk.

5. Hindari Rokok & Alkohol

Doktor Ini Kongsi Cara Elakkan Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa, Jangan Tak Puasa Pula!

Pengambilan rokok dan alkohol apabila berbuka ini akan menyebabkan rasa pedih lu hati. Kalau boleh, hentikan tabiat merokok sepanjang bulan Ramadhan. Berpuasa ini kan melatih kita menahan nafsu. Apa kata cuba tahan nafsu merokok pula! Insya Allah akan mudah berhenti selepas bulan Ramadhan.

6. Menurunkan Berat Badan

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa menurunkan berat badan sehinggan berat badan yang sepatutnya dapat mengurangkan masalah rasa sakit ulu hati terutamanya masalah GERD. Ini kerana apabila terlalu banyak lemak (terutama lemak vesceral) dalam abdomen, secara tidak langsung memudahkan asid masuk ke dalam esofagus.

AMALKAN MINYAK ZAITUN DAN PENGAMBILAN UBAT

Selain daripada cara di atas di mana lebih kepada penukaran tabiat harian, dua perkara ini juga boleh diamalkan untuk elak rasa pedih ulu hati.

Doktor Ini Kongsi Cara Elakkan Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa, Jangan Tak Puasa Pula!

1. Amalkan Minyak Zaitun

Cuba amalkan pengambilan minyak zaitun ketika perut kosong sebaik selepas bangun pagi untuk bersahur atau ketka bersahur.  Minyak zaitun adalah minyak sihat yang melindungi dan merawat luka dan keradangan pada permukaan dalam perut.

2. Ambil Ubat Untuk Meredakan Sakit Ulu Hati

Anda juga boleh ambil ubat untuk meredakan sakit ulu hati. Antara ubat yang selalu diberikan oleh doktor adalah seperti berikut:

  • Antasid : Berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut.
  • Antagonis Reseptor H-2 (H2RAs) : Berfungsi menurunkan kepekatan dan kauntiti asid dalam perut.
  • Penghalang Pump Proton (PPI) : Berfungsi seperti H2RAs untuk menurunkan kepekatan dan kuantiti asid dalam perut.

Namun jika anda telah ikuti cara yang dikongsikan oleh doktor ini tetapi masih berasa sakit selepas seminggu, anda disarankan untuk berjumpa doktor yang bertugas agar pemeriksaan yang lebih lengkap dapat dijalankan. Jangan pula jadikan pedih ulu hati sebagai alasan untuk tidak berpuasa. Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma