Hampir 2K FB Shares, Ini Cara Tanam Kesum Yang Paling Mudah Guna Keratan Batang Tanpa Tanah & Baja. 2 Minggu Dah Rimbun!
Sepanjang tempoh PKP ini pasti macam-macam aktiviti yang sudah dilakukan di rumah. Pasti ada juga yang mula menanam di halaman rumah. Bagi yang tak ada tanah nak menanam, jangan risau sebab tak semua pokok kita perlukan tanah. Contohnya tanam pokok kesum ini.
Kesum tergolong antara tanaman yang cepat dituai dan mudah dijaga. Hanya guna keratan batang sahaja untuk biakkan kesum ini. Jika kita beli kesum untuk memasak nanti, bolehlah kita simpan sebahagian keratan itu untuk biakkan. Jadi lepas ini tidak perlu beli lagi kerana lepas 2 minggu dan rimbun kesum kita!
Jom cuba langkah mudah untuk tanam kesum ini. Tidak perlukan tanah dan baja pun!
Isi Kandungan
CARA TANAM KESUM GUNA KERATAN BATANG
Bahan-bahan
Antara bahan yang anda perlukan untuk tanam kesum adalah:
- Besen biasa
- Besen penapis
- Keratan batang pokok kesum
Cara-cara
1.Petik Batang Kesum
Pertama sekali, petik sedikit bahagian batang kesum itu. Pilih batang yang keras sikit, jangan lembut sangat sebab nanti keratan tu akan tumbuh akarnya.
Kemudian masukkan di celah-celah penapis.
2. Masukkan Air Dalam Besen
Masukkan air dalam besen. Nak mudah kawal paras air, tebuk sedikit besen itu di bahagian tepi. Kalau terlebih air masa siram, ia akan melimpah keluar sendiri melalui lubang.
Ini contoh lubang yang dibuat untuk kawal paras air.
3. Biarkan & Siram
Tidak perlu gunakan baja pun, siram guna air basuhan beras pun boleh untuk mempercepatkan pembiakan.
HASIL SELEPAS 2 MINGGU
Beginilah hasilnya selepas dijaga 2 minggu.
Cara tanam daun kesum begini boleh sahaja anda cuba di laman rumah, ianya tidak memerlukan ruang dan halaman yang besar. Dekat balkoni pun boleh tanam sebab proses menanamnya begitu muda.
Gerenti lepas ini anda tidak perlu selalu membeli daun kesum lagi di pasar. Petik depan rumah sahaja.