Semak Baki Pinjaman PTPK Online

Anda pelanggan Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)? Jika ya, perkongsian ini khas buat anda untuk ketahui cara menyemak baki pinjaman atau tunggakan pinjaman yang anda miliki dengan mudah. Pasti ramai yang masih belum tahu bahawa sebenarnya pelanggan PTPK boleh menyemak sisa baki pinjaman terkini walaupun berada di rumah.

Bagi pengguna baru yang tidak memahami semak baki pinjaman, ada cara mudah yang boleh dilakukan, iaitu secara online. Untuk membuat semakan, anda mesti menyediakan beberapa hal, seperti kad pengenalan, email dan handphone.

Kenapa perlukan kad pengenalan dan handphone? Kedua-dua barang tersebut diperlukan untuk mengetahui baki pinjaman anda dan password atau kata laluan untuk login ke portal PTPK.

Berikut adalah perkongsian mengenai panduan menyemak baki pinjaman PTPK.

DAPATKAN PASSWORD PTPK

Jika anda masih belum mempunyai password untuk laman web PTPK Online, ikuti langkah berikut untuk dapatkan password terlebih dahulu sebelum menyemak baki. Anda boleh dapatkan password melalui dua cara iaitu sama ada email atau SMS.

Melalui Email

Untuk mendapatkan kata laluan, sila emelkan nombor kad pengenalan peminjam dan nama peminjam ke alamat emel : skillsfund@ptpk.gov.my

Pihak PTPK akan segera membalas email yang anda hantar beserta dengan maklumat password.

Melalui SMS

Atau anda boleh menggunakan cara kedua, iaitu dengan menghantar SMS dengan format yang sudah ada.

Sila hantar SMS dengan format: PTPK AKAUN [No Kad Pengenalan] ke 15888

Contoh: PTPK AKAUN 971234095123 
Hantar SMS ke 15888

CARA MENYEMAK BAKI PINJAMAN PTPK

Selepas anda mendapatkan maklumat password PTPK, langkah seterusnya ialah menyemak baki dengan panduan berikut.

  1. Buka laman PTPK Online
    Semak Baki Pinjaman PTPK Online
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Masukkan kata laluan, klik butang Masuk.
  4. Maklumat baki pinjaman, baki tertunggak dan lain-lain boleh anda cek pada laman tersebut.

Dah siap, baki pinjaman anda segara akan dipaparkan di laman berikut. Mudah kan nak semak baki pinjaman PTPK secara online? Lakukan di rumah sahaja dan anda boleh membuat semakan pada bila-bila masa selama anda memiliki sambungan internet untuk layari laman PTPK Online. Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma