Cara Mohon Jawatan Kosong Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini mempelawa pemohon Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai Ketua Penyelidik bagi tahun 2022.
Sekiranya anda seorang warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, anda dipelawa mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan jawatan.
Isi Kandungan
PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) MITI
- Nama Majikan: Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
- Nama jawatan: Ketua Penyelidik Gred 54 (terbuka)
- Taraf jawatan: Peminjaman/ Pertukaran Sementara/ Kontrak
- Penempatan: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Tarikh tutup permohonan: 13 Jun 2022
SYARAT ASAS PERMOHONAN
Calon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat asas berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil
- Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat tambahan:
- Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda / Sarjana dalam bidang Ekonomi, Perdagangan,
Statistik dan yang berkaitan; - Memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi, Perdagangan, Statistik, Sains Matematik dan lain-lain bidang yang berkaitan, yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusiinstitusi Pengajian Tinggi Tempatan atau luar negara.
- Sekurang-kurangnya 5-15 tahun pengalaman dalam tugasan yang berkaitan dengan bidang penyelidikan dan penulisan. Kelebihan kepada penulisan berkaitan mengenai Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Industri.
- Sekurang-kurangnya berumur 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memahami mengenai proses dan prosedur Kerajaan/ Agensi;
- Mempunyai kemahiran analitikal – berupaya menganalisis dan menterjemah maklumat/data seterusnya memberi cadangan yang bernas terhadap sesuatu isu;
- Boleh mengetuai dan memimpin unit serta mampu bekerja secara berkumpulan;
- Mempunyai kemahiran merancang dan mengurus – berupaya membina kepercayaan
dan kredibiliti dengan pihak berkepentingan; - Mempunyai kemahiran interpersonal, pentadbiran organisasi dan pengurusan sumber
yang efektif; dan - Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
DESKIPSI TUGAS
Berikut adalah deskripsi tugas jawatan:
- Mengetuai dan membuat analisa terperinci serta menyediakan laporan ke atas polisi-polisi sedia ada berkaitan perdagangan, pelaburan, perkhidmatan dan perindustrian;
- Menyelia unit dan aktiviti-aktiviti Unit Penyelidikan berdasarkan keperluan Bahagian dan Agensi di bawah MITI;
- Memantau isu-isu ekonomi global semasa di peringkat mikro dan makro bagi menyalurkan maklumat terkini berkaitan perdagangan dan industri;
- Memantau dan menganalisa perkembangan ekonomi global dan impak ke atas ekonomi negara dan memberikan input untuk cadangan hala tuju perdagangan Malaysia; dan
- Memantau kajian-kajian yang dijalankan oleh pihak ketiga berkaitan dengan perdagangan,
industri dan pelaburan dalam negara.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MITI melalui Sistem ePengambilan MITI:
Permohonan yang tidak menggunakan sistem ini akan ditolak. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai berikut:
- Puan Vinnilaa Aurumugam / vinnilaa@miti.gov.my / 03-6200 0194
- Cik Nurfarahin Abdul Rahim / nurfarahin@miti.gov.my / 03-6200 0199
- Puan Rodziah Radzi / rodziahradzi@miti.gov.my / 03-6200 0239