Bagaimana Mohon Permohonan Pulang Dari Kampung Ke Rumah Sendiri Bermula 25 April 2020 Nanti?

Memahami masalah orang awam yang sudah lebih sebulan berada di kampung sepanjang tempoh PKP, kini kerajaan telah memberi kelonggaran untuk orang awam pulang ke rumah masing-masing daripada kampung halaman.

Namun orang awam yang berkeinginan mahu merentas negeri dan pulang ke kampung atau dari kampung pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan bermula 25 April nanti. Orang awam boleh buat permohonan, lapor nama, jumlah keluarga, lokasi dan sebagainya supaya kerajaan dapat maklumat yang terperinci serta boleh kesan mereka dari kawasan zon merah, hijau dan sebagainya.

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan pulang dari kampung ke rumah sendiri melalui atas talian ataupun melalui laporan

PERMOHONAN PULANG DARI KAMPUNG KE RUMAH SENDIRI

Orang awam boleh membuat permohonan untuk pulang ke rumah sendiri melalui salah satu cara di bawah.

Permohonan Di Balai Polis

Untuk membuat permohonan di balai polis bagi yang tiada telefon pintar, anda boleh ikuti langkah di bawah:

  1. Anda perlu hubungi balai polis berdekatan untuk membuat temujanji terlebih dahulu.
  2. Hadir ke balai polis mengikut tarikh temujanji yang diberi dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri

Permohonan Atas Talian

Untuk membuat permohonan atas talian, orang awam perlu membuat permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia yang dimuat turun di telefon bimbit masing-masing. Klik pautan di bawah untuk dapatkan aplikasi Gerak Malaysia.

Bagaimana Mohon Permohonan Pulang Dari Kampung Ke Rumah Sendiri Bermula 25 April 2020 Nanti?

DOWNLOAD GERAK MALAYSIA – ANDROID

DOWNLOAD GERAK MALAYSIA – IOS

Walaubagaimanapun, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini. Buat anda yang mempunyai telefon pintar, anda disarankan untuk menggunakan aplikasi yang disediakan di atas untuk membuat permohonan. Hanya yang tiada telefon pintar sahaja digalakkan untuk membuat laporan di balai polis berdekatan. Permohonan adalah bermula 25 April 2020. Selamat memohon!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma