Universiti Harvard Tawar 109 Kursus Online Percuma. Enroll Sekarang & Nanti Boleh Update Resume Anda
Sepanjang tempoh berkuatkuasanya PKP, sudah lebih sebulan kita duduk di rumah dan pelbagai aktiviti sudah cuba dilakukan. Sekiranya anda sudah merasa bosan duduk rumah, apa kata anda asah pengetahuan anda dengan pelbagai ilmu baru.
Universiti Harvard kini sedang menawarkan 109 kursus online baru yang anda boleh ambil secara percuma.
KURSUS PERCUMA YANG DITAWARKAN
Kelas-kelas percuma itu meliputi bidang yang luas termasuk
- Kesihatan dan Perubatan,
- Programming,
- Perniagaan,
- Ilmu Kemanusiaan dan
- Seni Rekaan.
Bergantung kepada kursus, setiap kelas online akan mengambil masa antara satu hingga 12 minggu. Anda juga boleh memilih tahap kesukaran kursus bergantung kepada kehendak yang anda mahu.
Antara kursus yang anda boleh cuba adalah PredictioX, dimana anda akan mempelajari tentang apa yang disifatkan Harvard sebagai sistem ramalan pra-saintifik seperti pembakaran tulang Cina dan peramal mitologi Yunani ‘Oracle of Delphi’.
Namun sekiranya anda tidak berminat dengan kelas percuma yang ditawarkan, Harvard turut menawarkan kursus online berbayar pada harga tertentu sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit.
Boleh lah update dalam resume anda kemahiran-kemahiran baru yang anda belajar ni! Sesungguhnya mempelajari sesuatu yang baru tidak akan pernah merugikan anda. Semoga bermanfaat!