Pasangan Jangan Teruja Beli Bantal Untuk Baby Baru, Sebenarnya Bantal Tidak Baik Untuk Bayi Baru Lahir
Menjadi kebiasaan untuk setiap ibu bapa bila nak menyambut kelahiran bayi bari, pastinya kena ada set tilam dan bantal sebagai persediaan. Seti tilam dan bantal pula dikatakan bagus untuk membantu membentuk kepala bayi baru lahir supaya tidak leper kerana kerap mengiring di satu arah sahaja.
Betul ke penyataan tu? Atau mitos sahaja? Ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
PAKAR TIDAK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN BANTAL UNTUK BAYI
Sebenarnya belum ada bukti yang menyatakan kesan penggunaan bantal kepada bayi baru lahir dapat membentuk kepala bayi baru lahir. Sebaliknya para pakar tidak menggalakkan ibu bapa menggunakan bantal untuk bayi baru lahir hingga berusia setahun.
National Institute of Child Health and Human Development (NICHD) menyarankan ibu bapa tidak menggunakan bantal untuk bayi bawah umur setahun. Jangan guna bantal untuk bayi tidur atau menambah bantal di katilnya sebagai hiasan.
SEBAB BANTAL BERBAHAYA KEPADA BAYI
Risiko bahaya terletak pada ketebalan selimut atau bantal yang dapat menghalang bayi bernafas dan membuatkan mereka tidak dapat bernafas dengan sempurna.
Berikut ada sebab kenapa bantal berbahaya kepada bayi:
- Berisiko menyebabkan bayi mengalami sesak nafas atau tersedak
- Jika bayi diletakkan di tengah bantal berbentuk U, bayi sukar untuk memusing kepalanya ke salah satu sisi jika di muntah atau muak.
- Bantal dikaitkan dengan sindrom kematian bayi secara mengejut.
DISARANKAN BAYI DIBARINGKAN ATAS TILAM YANG RATA
American Academy Of Pediatric menyarankan supaya bayi dibaringkan di atas tilam yang rata tanpa menggunakan bermacam kelengkapan tidur lain seperti bantal, selimut atau pun bantal golek.
Pernah ada kes bayi baru lahir terkena Sudden Death Infant Syndrom (SIDS) atau mati mendadak semasa sedang tidur. Rupanya kerana muka bayi itu terhalang daripada mendapat oksigen yang cukup apabila berpusing ke kiri atau kanan dan akhirnya lemas disebabkan bantal sendiri.
Ibu bapa pasti tidak percaya lepas baca ini kan. Jangan risau untuk biarkan anak tidur atas permukaan raya tanpa bantal. Itulah sebenarnya cara yang paling selamat. Semoga bermanfaat!