Cara Buka Akaun Bank Islam Online Melalui Virtual Account Opening (VAO)
Jika anda berhasrat untuk membuka akaun Bank Islam, kini anda boleh lakukannya ketika berada di rumah sepanjang tempoh PKP. Seperti yang kita tahu, sepanjang PKP semua cawangan bank ditutup sehingga tamatnya tempoh PKP.
Jadi jika anda ingin membuat pembukaan akaun Bank Islam anda boleh lakukan melalui Virtual Account Opening (VOA). Buat secara atas talian sahaja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jenis akaun yang boleh dibuka dengan VAO dan cara membuka akaun melalui VAO.
Isi Kandungan
SIAPA YANG BOLEH BUKA AKAUN BANK ISLAM MELALUI VAO?
Pembukaan akaun melalui VAO adalah dibuka untuk akaun individu dan pemegang MyKad untuk umur seperti berikut:
- 12 tahun dan ke atas untuk Qadr Saving Account dan Basic Saving Account
- 18 tahun dan ke atas untuk Al Awfar Account
JENIS AKAUN YANG BOLEH DIBUKA MELALUI VAO
Antara jenis akaun yang anda boleh buka secara atas talian melalui VAO adalah:
- Al-Awfar Investment Account
- Qard Savings Account
- Basic Savings Account
CARA BUKA AKAUN BANK ISLAM ONLINE MELALUI VOA
1. Layari Laman Web VOA
Untuk membuat pendaftaran, anda perlu pergi ke laman web Virtual Account Opening (VOA) Bank Islam
2. Klik “APPLY NOW”
Klik APPLY NOW di bahagian atas laman web tersebut.
3. Lengkapkan Maklumat Untuk Pendaftaran
Lengkapkan maklumat yang di minta di laman web tersebut untuk pendaftaran diri.
4. Proses Pendaftaran
Selepas anda selesai lengkapkan maklumat yang diperlukan, ikuti proses pendaftaran berikutnya dengan klik bahagian “Next”
Langkah berikutnya adalah anda perlu membuat declaration, hantar permohonan dan buat pengesahan.
5. Print Borang Pengesahan Dan Bawak Ke Cawangan Bank Islam
Setelah membuat pengesahan, anda perlu mencetak keluar bukti pengesahan yang dilakukan tadi. Bawa borang tersebut ke cawangan Bank Islam dalam masa 30 hari selepas membuat permohonan.
Selesaikan pembukaan akaun Bank Islam anda di cawangan Bank Islam yang anda lawati. Setelah selesai, anda akan mendapat nombor akaun dan akaun Bank Islam anda akan diaktifkan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus rujuk ke laman web rasmi Bank Islam.