Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Proses Lama Pun
Cili kering atau cili kisar merupakan bahan biasa yang selalu digunakan dalam masakan. Ada juga jual cili kisar dalam paket yang sudah siap diproses dan ada juga yang buat sendiri. Selalunya cili kisar yang dibuat sendiri ini sering dibuat oleh suri rumah. Bagi yang sibuk bekerja selalunya beli saja cili kisar yang siap dah.
Bukan apa, nak buat cili kisar ni selalunya ambik masa yang lama dan agak rumit kerana perlu membuang biji cili kering sebelum dikisar. Leceh nak buang semua biji tu sebenarnya. Jika tak buang, tak bagus pula untuk kesihatan.
Namun sebenarnya ada cara yang mudah untuk anda buang biji cili kering itu. Ikuti perkongsian ini untuk ketahui caranya.
Isi Kandungan
CARA MUDAH BUANG BIJI CILI KERING
1.Rebus Cili Kering
Pertama sekali, rebus cili kering di dalam periuk atau kuali sehingga cili tersebut lembut.
2. Gunting Cili Kering Yang Sedang Direbus
Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting besar untuk potong cili. Potongan menggunakan gunting adalah sangat mudah ketika ini kerana cili sudah lembut, seperti gunting air.
3. Tutup Api & Rehatkan Seketika
Apabila sudah puas hati semua cili telah siap dipotong, tutup api dan rehatkan seketika. Anda akan nampak banyak biji cili keluar dan terapung.
4. Tapis Cili Tadi
Kemudian sediakan satu besen air. Ambil satu penapis yang berlubang besar untuk menapis cili tadi. Pastikan ubang penapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.
5. Goyangkan Penapis
Di dalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan dan atas bawah. Anda akan dapat lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sehingga selesai.
6. Siap!
Siap! lihat hasilnya. Jangan risau, memang akan ada biji cili sikit lagi. Memang kena ada kalau tidak sambal tidak pedas langsung nanti. Lepas puas hati boleh lah terus kisar.