Peniaga Online Ini Senarai 100 Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP

PELUANG EMAS buat para peniaga online! Dalam keadaan dunia dilanda wabak COVID-19 yang telah menyebabkan tercetusnya PKP ini, ramai yang mengambil inisiatif untuk membeli barangan secara atas talian sahaja.

Tahu tak barang apa yang selalunya pengguna cari di platform online? Banyak sebenarnya jenis barang yang dicari, maklumlah nak keluar rumah takut, beli sahaja melalui online tunggu sampai ke depan rumah sahaja.

Inilah peluang para peniaga online atau yang baru bercita-cita nak mulakan perniagaan secara online untuk jual barangan yang mendapat permintaan tinggi oleh pengguna.

TOP 100 BARANG HIGH DEMAND DI ATAS TALIAN

Lihat semua senarai barangan tersebut. Carta tersebut menunjukkan peratus perubahan permintaan sesuatu barangan dari tahun 2019 ke tahun 2020. Contohnya permintaan Disposable Gloves meningkat sebanyak 670% pada tahun ini. Wah banyak tu!

Peniaga Online Ini Senarai Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP

Peniaga Online Ini Senarai Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP Peniaga Online Ini Senarai Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP Peniaga Online Ini Senarai Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP Peniaga Online Ini Senarai Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP Peniaga Online Ini Senarai Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP Peniaga Online Ini Senarai Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP Peniaga Online Ini Senarai Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP Peniaga Online Ini Senarai Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP Peniaga Online Ini Senarai Barang Yang Hot Demand Sekarang Di Musim PKP

PELUANG KEPADA PENIAGA

Ambil peluang keemasan ini untuk anda memajukan perniagaan anda. Tiada lagi alasan untuk peniaga tidak berjaya. Jika perniagaan yang dijalankan sebelum ini tidak berapa memberangsangkan, cuba pula jual barang-barang yang mendapat permintaan tinggi ini melalui beberapa kaedah.

1 Cari Barang Dari China & Jual Balik

Para peniaga boleh cuba ambil barang dari China dan jual balik. Sebenarnya banyak lubuk rahsia untuk dapatkan barang murah tanpa perlu pergi ke China. Anda hanya perlu berurusan di atas talian sahaja. Kebanyakan barang dari China jauh lebih murah jika dibandingkan dengan yang dijual di Malaysia.

Jika nak tahu, sebenarnya peniaga dari Malaysia pun banyak ambil barang daripada China. Kita pun boleh! Cuma kena belajar caranya sahaja.

2 Jual Barangan Dalam Shoppee & Lazada

Gunakan platform Shoppee dan Lazada sebagai tempat untuk anda promosikan barang-barang anda. Pembeli selalunya suka membeli barang melalui platform itu kerana lebih dipercayai. Platform ini sangat selamat untuk pengguna kerana wang yang dibayar akan sampai ke penjual hanya jika pembeli menerima barangnya.

Percayalah, rata-rata pengguna sekarang lebih banyak shopping online barang keperluan melalui platform ini kerana mereka berpeluang untuk membandingkan harga dan dapatkan barang dengan harga yang mereka mahu.

3 Buka Dropship Kepada Peniaga Lain

Jika anda sudah ada stok barang-barang yang menjadi permintaan tinggi, apa kata anda buka peluang dropship kepada peniaga lain untuk mereka mempromosikan barangan anda. Lebih banyak dropship yang anda ada, lebih banyaklah peluang pemasaran barangan anda.

Percayalah, menjual barang-barang yang menjadi permintaan tinggi pada masa kini tidak akan merugikan kerana orang akan sentiasa mencari barangan tersebut. Ambil peluang ini bukan untuk memperoleh keuntungan yang berlipat ganda tetapi untuk merasakan kejayaan dalam perniagaan.

Antara sifat seorang peniaga adalah bijak mengambil peluang. Selamat mencuba!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma