Ini Cara Pengiraan & Bayaran Fidyah Secara Online. Tak Sempat Ganti Puasa Wajib Bayar
Individu islam yang meninggalkan puasa kerana uzur WAJIB untuk qada’ puasa tersebut sebelum bermula Ramadhan yang akan datang. Sekiranya anda mempunyai alasan tertentu dan tidak sempat menghabiskan qada’ puasa, anda perlulah perlulah membayar fidyah.
Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadhan.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, ia ibarat satu hutang kepada Allah Taala. Jadi sesiapa pun tidak sepatutnya mengambil ringan hal ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk cara membuat pengiraan fidyah yang perlu di bayar dan cara membuat bayaran secara online.
Isi Kandungan
DI MANA BOLEH BAYAR FIDYAH?
Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.
CARA BAYAR FIDYAH SECARA ONLINE
1. Tetapkan Negeri Anda
Kadar bayaran fidyah adalah berbeza bagi setiap negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras untuk negeri anda. Kebiasaannya kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk RInggit Malaysia.
2. Buat Kiraan
Buat kiraan jumlah fidyah yang perlu anda bayar berdasarkan hari yang anda tinggal puasa. Contohnya seperti Lembaga Zakat Selangor menetapkan nilai secupak beras adalah RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Jadi sekiranya anda tinggal puasa selama 3 hari, maka kadar bayaran fidyah adalah:
- RM1.80 (1cupak) x 3 hari = RM5.40
Jika anda ada melangkau tahun pula contohnya anda tidak berpuasa selama 3 hari pada tahun 2017 dan anda ingin menggantikan puasa serta membayar fidyah pada tahun 2020, fidyahnya adalah seperti berikut:
- RM1.80 (1cupak) x 3 tahun x 3 hari = RM16.20
3. Buat Bayaran
i. Secara tunai
Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri masing-masing atau melalui wang pos.
ii. Secara Online
Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri dan Maybank2u
4. Cara Bayar Guna Maybank2u
Login ke akaun Maybank2u anda seperti biasa.
- Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’
- Klik ‘Zakat & Charity’
- Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing
- Pilih ‘Fudyah’
- Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar mengikut kiraan.
Tetapi ia bergantung juga kepada jenis bank atau negeri. Kemungkinan sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah secara online.
Mudah kan? Bayaran fidyah akan digandakan apabila tiba Ramadhan seterusnya, manakala bilangan hari puasa ganti kekal.
Sekarang telah banyak kemudahan yang disediakan untuk kita memudahkan urusan. Jadi, cepat-cepatlah tunaikan mana-mana yang masih tertunggak. Jadi, jangan bertangguh lagi!