Bagaimana Guna Khidmat Pos Untuk Dapatkan Bekalan Ubat Sepanjang PKP
Pesakit atau individu yang memerlukan bekalan ubat susulan kini digalakkan menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan pergerakan individu sekaligus menghindari kemungkinan penularan COVID-19.
Perkhidmatan UMP ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil ubat susulan mereka.
Baca: Bil Elektrik Tak Sampai Rumah? Bagaimana Nak Semak Bil? Jangan “Gabra”, Ini Sebab dan Solusinya
Kos penghantaran ubat bagi UMP adalah bernilai RM5.30 hingga RM10.60 mengikut berat dan zon penghantaran. Namun pesakit tidak perlu membayar kos penghantaran tersebut kerana kerajaan yang akan menanggung kos tersebut sehingga 30 Jun 2020.
Berikut adalah langkah-langkah yang akan pesakit lalui untuk mendapatkan ubat susulan melalui pos.
LANGKAH-LANGKAH UMP
Dalam mendapatkan ubat susulan yang pesakit perlukan melalui pos, pesakit akan menjalani langkah-langkah seperti berikut:
- Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapatkan rawatan.
- Bekalan ubat susulan akan disediakan setelah pesakit didaftarkan oleh pihak farmasi jika kriteria dipenuhi.
- Pos Malaysia akan menghantar ubat dalam kawasan lingkungan pungutan dan serahan Poslaju.
- Ubat dihantar terus ke rumah pesakit atau lokasi pilihan pesakit. Pesakit hanya perlu mengambil ubat seperti yang telah diarahkan.
Bagaimanapun, hanya ubat kapsul dan bukan jenis ubat psikotropik serta memerlukan penyimpanan khusus seperti peti ais sahaja boleh dihantar melalui perkhidmatan pos.
Baca: Cara Mudah Print-out Daripada Handphone Terus Ke Printer, Tak Perlu Pakai Laptop
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800-88-6722 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).