Jawatan Kosong Global Wildlife Programme (GWP) Malaysia 2026 – PERHILITAN Semenanjung Malaysia
Global Wildlife Programme (GWP) Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di bawah projek berkaitan hidupan liar dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, United Nations Development Programme (UNDP) dan Global Environment Facility (GEF).
Pengambilan ini adalah bagi menyokong pelaksanaan projek forensik DNA dan pangkalan data hidupan liar di Malaysia.
Maklumat Program & Agensi Terlibat
- Program: Global Wildlife Programme (GWP) Malaysia
- Agensi Pelaksana: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia
- Rakan Kerjasama:
- United Nations Development Programme (UNDP)
- Global Environment Facility (GEF)
Senarai Jawatan Ditawarkan
| Jawatan | Bilangan Kekosongan |
|---|---|
| Wildlife Forensic DNA Database: Molecular Biology Technician | 1 |
| Wildlife Forensic DNA Database: Programmer / Bioinformatics Technician | 1 |
Tarikh Penting
- Tarikh iklan disiarkan: 20 Januari 2026
- Tarikh tutup permohonan: 20 Februari 2026
Syarat Permohonan Umum
Syarat permohonan adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A dan Lampiran B.
Calon yang berminat perlu mengemukakan:
- Borang permohonan jawatan
- Curriculum Vitae / Resume
- Salinan sijil PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan
Cara Memohon
Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada:
Pegawai Focal Officer
Bahagian Penguatkuasaan Global Wildlife Programme
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Permohonan juga boleh dihantar melalui emel kepada Urus Setia Projek NRES-UNDP-GEF seperti yang dinyatakan dalam poster.

Makluman Penting Kepada Pemohon
- Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil menghadiri temuduga
- Pemohon yang tidak menerima panggilan temuduga dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya
- Segala kos menghadiri temuduga adalah tanggungan pemohon sendiri
Perincian Jawatan
1. Wildlife Forensic DNA Database
Molecular Biology Technician
Bilangan kekosongan: 1
Anggaran gaji bulanan: Sehingga USD600.00
Tempoh kontrak: 36 bulan (2026–2028)
Jenis pengambilan: National
Jenis kontrak: Project-based, tempoh percubaan tiga (3) bulan dan boleh diperbaharui berdasarkan prestasi dan sasaran yang dipersetujui
Penempatan
- National Wildlife Forensic Laboratory (NWFL)
- Ibu Pejabat PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur
Skop Kerja
- Menyokong kerja genetik molekul hidupan liar
- Mengurus dan menyelenggara koleksi biomaterial
- Menjalankan persampelan dan analisis DNA
- Menyediakan laporan makmal dan dokumentasi berkaitan
Tanggungjawab Utama
- Mengurus koleksi biomaterial di Wildlife Genetic Resource Bank (WGRB)
- Menyediakan laporan berkaitan koleksi
- Menjalankan aktiviti persampelan DNA
- Melaksanakan analisis DNA dan molekul mengikut protokol makmal
- Menyediakan laporan analisis makmal
- Mengurus bekalan, inventori dan penyelenggaraan peralatan
- Memberi sokongan teknikal kepada pegawai penyelidik dan pasukan projek
Kelayakan
Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda dalam Genetik, Forensic Science, Bioteknologi atau bidang berkaitan
Pengalaman & Kemahiran
- Minimum satu (1) tahun pengalaman dalam analisis DNA
- Graduan baharu bermotivasi dengan kemahiran makmal digalakkan memohon
- Kemahiran perisian DNA asas dan aplikasi komputer seperti Word, Excel, PowerPoint, Google Docs dan Google Sheets
Bahasa
- Kemahiran komunikasi lisan dan tulisan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
2. Wildlife Forensic DNA Database
Programmer / Bioinformatics Technician
Bilangan kekosongan: 1
Anggaran gaji bulanan: Sehingga USD600.00
Tempoh kontrak: 36 bulan (2026–2028)
Jenis pengambilan: National
Jenis kontrak: Project-based, tempoh percubaan tiga (3) bulan dan boleh diperbaharui berdasarkan prestasi
Penempatan
- National Wildlife Forensic Laboratory (NWFL)
- Ibu Pejabat PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur
Skop Kerja
- Menyokong pengurusan dan penyelenggaraan pangkalan data DNA hidupan liar
- Mengurus data genetik dan metadata
- Menyediakan laporan teknikal dan sokongan sistem
Tanggungjawab Utama
Kerja Makmal
- Prosedur makmal asas termasuk pengekstrakan DNA
- Pelabelan, pengendalian dan penyimpanan sampel
- Dokumentasi makmal dan pematuhan SOP keselamatan
Sokongan Data & Pangkalan Data
- Mengurus pangkalan data MyWildDNA
- Memasukkan dan mengurus data jujukan DNA
- Menyemak ketepatan dan konsistensi data
- Menjalankan pertanyaan SQL asas (INSERT, SELECT, UPDATE)
- Menyediakan laporan status pangkalan data
Kelayakan
Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda dalam Bioinformatics, Bioteknologi, Forensic Science atau bidang berkaitan
Kemahiran Teknikal (Kelebihan)
- MySQL
- Python
- R
- PHP
- HTML / CSS
Bahasa
- Kemahiran komunikasi lisan dan tulisan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Contoh Curriculum Vitae (CV)
Nota: Contoh ini ialah templat sahaja untuk membantu pemohon menyusun maklumat dengan kemas.
CURRICULUM VITAE
Nama Penuh: Ahmad bin Ali
No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000
Alamat:
No. 12, Jalan Contoh,
56100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 012-345 6789
Emel: ahmadali@email.com
Objektif
Berminat menyumbang kemahiran dan kepakaran dalam projek di bawah Global Wildlife Programme (GWP) Malaysia.
Kelayakan Akademik
- Ijazah Sarjana Muda
(Bidang berkaitan seperti dinyatakan dalam iklan)
Pengalaman / Latihan
- Pengalaman kerja makmal / latihan industri (jika ada)
- Pengurusan dokumentasi dan sokongan teknikal
Kemahiran
- Kerja makmal asas
- Pengurusan data
- Aplikasi komputer berkaitan
Bahasa
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
Rujukan
Disediakan jika diminta.
Penutup
Jawatan di bawah Global Wildlife Programme (GWP) Malaysia bersama PERHILITAN Semenanjung Malaysia ini merupakan peluang kerja berasaskan projek bagi calon yang berkelayakan dalam bidang sains, forensik DNA dan bioinformatik. Calon dinasihatkan memastikan semua dokumen permohonan disediakan dengan lengkap dan dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
Untuk artikel lanjut berkaitan penyediaan CV, resume dan persediaan temuduga, sila dapatkan panduan di edubestari.co.