Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 SPA 2026

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka peluang kerjaya sektor awam tahun 2026 kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 (Kontrak).

Jawatan ini amat sesuai untuk lepasan SPM yang ingin membina pengalaman kerja dalam persekitaran pentadbiran kerajaan. Jika anda masih tercari-cari hala tuju kerjaya selepas SPM, rujuk panduan ini: Kerjaya Lepasan SPM Dalam Sektor Kerajaan.

Dengan gaji pukal RM2,000 sebulan, jawatan ini merupakan pilihan realistik bagi calon yang ingin membina rekod pengalaman sebelum memohon jawatan tetap kerajaan.


Maklumat Jawatan

  • Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)
  • Gred: N1
  • Status: Kontrak
  • Agensi: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Gaji:
RM2,000.00 sebulan (Gaji Pukal)

Kelayakan Akademik:
SPM

Penempatan:

  • Pusat Temu Duga SPA Alor Setar, Kedah
  • Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru, Johor

Skop Tugas Pembantu Tadbir Gred N1

Antara tanggungjawab utama jawatan ini termasuk:

  • Membantu pengoperasian urusan temu duga calon SPA
  • Mengurus hal ehwal pentadbiran di Pusat Temu Duga SPA
  • Menyediakan dan mengemaskini dokumen, fail serta rekod
  • Memberi sokongan operasi pejabat mengikut arahan penyelia

Bagi calon yang ingin memahami realiti tugas sebenar Pembantu Tadbir, artikel ini boleh dijadikan rujukan: Skop Tugas & Tanggungjawab Pembantu Tadbir Kerajaan.


Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga 55 tahun pada tarikh tutup iklan
  3. Lulus SPM dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu
  4. Berdisiplin, menepati masa dan mampu bekerja dengan pengawasan minimum

Tarikh Permohonan

9 Januari 2026 hingga 16 Januari 2026

Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh ditetapkan. Untuk elak kesilapan biasa calon SPA, rujuk panduan ini: Kesilapan Biasa Semasa Mohon Jawatan SPA.


Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir Gred N1 Melalui Portal SPA

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Portal SPA. Jika anda baru pertama kali memohon, rujuk panduan lengkap berikut: Cara Daftar & Login Akaun SPA9.

  1. Layari https://www.spa.gov.my
  2. Log masuk ke akaun SPA9
  3. Kemaskini maklumat peribadi dan akademik
  4. Cari jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
  5. Klik Mohon dan hantar permohonan

Persediaan Jika Dipanggil Temu Duga

Walaupun jawatan ini berstatus kontrak, calon tetap perlu bersedia menghadapi sesi temu duga atau tapisan. Anda boleh buat persediaan awal melalui rujukan berikut:


Catatan Penting Untuk Pemohon

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Kenapa Jawatan Ini Berbaloi Dipohon?

  • Sesuai untuk lepasan SPM
  • Gaji tetap RM2,000 sebulan
  • Pengalaman kerja dalam sistem pentadbiran kerajaan
  • Nilai tambah untuk permohonan jawatan tetap pada masa depan

Penutup

Jika anda sedang mencari peluang kerja sektor awam 2026, jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 SPA ini wajar dipertimbangkan.

Untuk lebih banyak panduan kerjaya, temuduga dan info SPA, layari: Kategori Kerjaya Edubestari.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma