Apa Perlu Buat Apabila Dengan Tiba-Tiba Panel Penemuduga Cakap “Our Interview Is In English”?

Bayangkan anda hadir ke sesi temuduga dengan penuh keyakinan. Semua dokumen lengkap, pakaian kemas, senyuman sudah terukir. Soalan pertama ditanya dalam Bahasa Malaysia. Anda menjawab dengan tenang. Tetapi tiba-tiba, panel penemuduga berkata, “Our interview is in English.” Jantung berdegup laju, minda kosong, dan anda mula rasa cemas.
Situasi ini bukanlah asing, malah semakin biasa terutamanya dalam temuduga jawatan kerajaan atau GLC yang memerlukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan calon, tetapi untuk menilai keupayaan berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa – satu kemahiran yang amat penting dalam dunia pekerjaan hari ini.
Ramai calon gagal dalam temuduga bukan kerana mereka tidak bijak, tetapi kerana tidak bersedia untuk beralih bahasa secara spontan. Reaksi mengejut seperti terdiam, gelabah atau terus menjawab “I’m not good in English” boleh beri gambaran kurang yakin dan kurang fleksibel – dua sifat yang majikan tidak gemar.
Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan kongsikan apa langkah terbaik yang anda boleh lakukan sekiranya tiba-tiba ditemu duga dalam Bahasa Inggeris. Persediaan mental, strategi praktikal dan contoh frasa yang boleh digunakan akan dibincangkan – agar anda tidak panik lagi kalau berdepan situasi ini.
1. Tenangkan Diri & Jangan Tunjuk Panik
- Perkara paling penting: kawal ekspresi wajah dan nada suara.
- Senyum seperti biasa dan tunjukkan anda bersedia.
- Jangan minta tukar semula ke Bahasa Malaysia – ini beri gambaran tidak bersedia.
Contoh ayat respon pertama:
“Alright sir, I’ll try my best to respond in English.”
2. Guna Struktur Ayat Mudah & Tertib
- Tidak perlu menggunakan ayat bombastik – yang penting ialah penyampaian yang jelas.
- Gunakan struktur asas seperti: I graduated from… I am experienced in… I believe I can contribute…
Contoh jawapan:
“I have worked in customer service for two years. During that time, I’ve learned how to handle complaints and communicate well with clients.”
Baca Ini: Mengapa Interview Kerja Ada Soalan Yang Tak Relevan Ditanya?
3. Minta Masa Jika Perlu, Tetapi Profesional
- Jika benar-benar terkejut, boleh minta sedikit masa tetapi dengan cara berhemah.
Contoh ayat:
“May I take a few seconds to gather my thoughts?”
atau
“Let me rephrase that.”
Ini lebih baik daripada terus terdiam.
4. Gunakan Perkataan Yang Anda Yakin
- Jangan cuba guna perkataan yang anda tak faham sepenuhnya. Fokus pada vocabulary yang anda biasa.
- Elakkan penggunaan “lah”, “kan”, “errr” yang terlalu kerap – walaupun sedang mencari ayat.
Tips tambahan: Gunakan kata sambung mudah seperti firstly, secondly, next, because, as a result untuk bantu lancarkan ayat.
5. Latih Sebelum Temuduga
- Praktik bercakap dalam Bahasa Inggeris setiap hari, walaupun sedikit.
- Rakam diri sendiri bercakap dan semak intonasi, sebutan dan susunan ayat.
Cadangan: Buat skrip pendek jawapan untuk soalan popular temuduga dan hafal. Contohnya: Tell us about yourself, Why should we hire you, What are your weaknesses.
6. Tunjukkan Semangat & Keyakinan
- Yang paling penting, tunjukkan anda bersedia untuk belajar dan memperbaiki diri.
- Majikan lebih menghargai sikap positif berbanding penguasaan sempurna.
Contoh penutup yang baik:
“I might not be fluent, but I am willing to improve and I am confident that I can communicate effectively with effort and practice.”
Artikel Berkaitan: 10 Kesilapan Paling Besar Masa Interview. Ramai Calon Buat Tanpa Sedar!
Penutup
Temuduga dalam Bahasa Inggeris bukanlah halangan jika anda bersedia dari segi mental dan komunikasi asas. Jangan biarkan rasa takut mematikan potensi anda. Jika anda boleh tunjukkan keyakinan, usaha, dan kemahuan untuk belajar – itu lebih bernilai daripada hanya fasih semata-mata.
Ingat: Kadangkala bukan apa yang anda cakap, tetapi bagaimana anda menyampaikan yang lebih penting. Bersedia, berlatih dan jangan panik bila dengar “Our interview is in English”.