Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Resume Dah Beri Untuk Mohon Jawatan Yang Dimohon. Tetapi Tak Dipanggil Untuk Interview. Ubah Ini, Confirm Dapat Kerja!

Oleh Cikgu Ta • July 11, 2025 • 3 min baca

Resume Dah Beri Untuk Mohon Jawatan Yang Dimohon. Tetapi Tak Dipanggil Untuk Interview. Ubah Ini, Confirm Dapat Kerja!
Visual Archive // 2025
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pernah tak anda rasa kecewa bila dah hantar banyak resume, tapi satu pun tak dapat panggilan interview? Setiap hari semak email, tengok WhatsApp dan call, tapi semuanya sunyi sepi. Padahal, anda dah yakin resume tu lengkap dan jawatan pun memang sesuai dengan kelulusan serta pengalaman anda.

Realitinya, ramai calon kerja berhadapan situasi ini. Mereka mula fikir, “Adakah aku tak cukup bagus?” atau “Kenapa orang lain dapat kerja, aku tak?”. Sebenarnya, bukan bermakna anda tidak layak, tetapi mungkin ada perkara penting dalam resume yang perlu diubah untuk tarik perhatian HR.

Resume adalah tiket pertama untuk melangkah masuk ke dunia pekerjaan. Kalau resume pun gagal ‘menjual’ diri anda sebagai calon terbaik, bagaimana majikan nak nampak potensi anda? Persaingan sekarang bukan calang-calang. Ratusan calon memohon jawatan sama setiap hari.

Dalam artikel ini, kita akan kupas apa yang perlu anda ubah dalam resume supaya HR tidak fikir dua kali untuk memanggil anda ke sesi temuduga. Ikuti langkah ini, confirm peluang anda untuk dapat kerja lebih cerah!

Kenapa Resume Anda Tak Dapat Perhatian HR?

  • Format resume yang berterabur dan tidak mesra ATS (Applicant Tracking System).
  • Tidak menekankan kata kunci (keywords) yang terdapat dalam iklan kerja tersebut.
  • Objective atau profile summary terlalu umum dan tidak menonjolkan nilai unik anda.
  • Tidak menunjukkan pencapaian (achievements) dalam setiap pengalaman kerja terdahulu.
  • Maklumat penting seperti contact number, email aktif, dan lokasi tidak lengkap atau tersorok.

Artikel Berkaitan: Boleh Ke Masukkan Sijil Kursus Online Dalam Resume? Ini Cara Yang Betul & Menarik Majikan! 

Apa Yang Perlu Diubah Dalam Resume Anda

Guna Format Mesra ATS
Pastikan resume anda mudah dibaca oleh sistem HR. Elak guna terlalu banyak grafik, kotak berwarna atau font pelik.

Tulis Objective Yang Spesifik
Contoh: “Graduan Diploma Pengurusan Perniagaan dengan pengalaman internship dalam bidang HR, berminat untuk menyertai syarikat XYZ sebagai Pembantu Sumber Manusia.”

Masukkan Kata Kunci Jawatan
Ambil kata kunci dalam iklan kerja seperti ‘admin task’, ‘data entry’, ‘communication skills’ dan masukkan secara semula jadi dalam resume.

Highlight Pencapaian Anda
Contoh: “Berjaya menguruskan data 500 pelanggan dalam masa 2 minggu dengan ketepatan 100%.”

Pastikan Maklumat Diri Lengkap & Profesional
Gunakan email profesional (contoh: namaanda@gmail.com) dan letakkan lokasi terkini anda.

Baca Juga: Ayat Klise Ini Memang Tak Sesuai Ada Dalam Resume. Jangan Letak! Nanti HR Reject

Kesimpulan

Resume anda ibarat iklan diri anda. Jika iklan itu tak menarik, tak ada siapa akan beli. Jadi, ubah resume anda hari ini dengan format yang betul, objective yang padu dan kata kunci yang tepat. HR bukan sahaja akan baca, tetapi mereka akan terus tertarik untuk panggil anda ke sesi temuduga. Ingat, kerja ada di mana-mana, yang penting cara kita menampilkan diri.

Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.