5 Skill Ini Layakkan Lepasan Graduan Dapat Kerja Di Syarikat Besar

Ramai graduan hari ini memasang impian untuk bekerja di syarikat besar seperti Petronas, Maybank, Google atau Shopee Malaysia. Namun realitinya, persaingan sangat sengit. Setiap kali iklan jawatan dibuka, ratusan hingga ribuan permohonan diterima HR.

Graduan bukan sahaja dinilai berdasarkan kelulusan akademik. Malah, mereka juga dinilai dari segi soft skills yang dimiliki. Soft skills ini menjadi indikator sama ada anda boleh menyumbang dengan efektif di organisasi tersebut atau tidak.

Syarikat besar menekankan skill yang boleh memacu produktiviti, membantu organisasi capai KPI, dan memberi imej baik kepada pelanggan. Oleh itu, penting untuk graduan melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan sebelum masuk dunia pekerjaan sebenar.

Berikut adalah 5 skill penting yang layak menjadikan anda calon terbaik di mata recruiter syarikat besar.


1. Kemahiran Komunikasi Yang Baik

  • Graduan perlu mampu menyampaikan idea dengan jelas.
  • Komunikasi efektif membantu anda bekerjasama dengan pelbagai jabatan.
  • Termasuk kebolehan menulis email profesional, berkomunikasi semasa meeting, serta menyampaikan pembentangan dengan yakin.

Contoh Penilaian HR:

“Calon ini boleh explain idea dengan jelas, tidak gugup ketika interview, dan mampu adjust gaya komunikasi mengikut situasi.”

Baca Juga: Ini 10 Tips Untuk Hadapi Hari Pertama Masuk Kerja. Pasti Korang Jadi Staff Cemerlang Di Pejabat!


2. Kebolehan Menyelesaikan Masalah (Problem Solving)

  • Syarikat besar suka calon yang mampu mencari penyelesaian sendiri.
  • Kebolehan ini menunjukkan anda berdikari dan boleh diharap menyelesaikan tugasan yang mencabar.
  • Contohnya, jika sistem error ketika bekerja, anda mampu cari solution sementara sebelum menunggu IT support.

Contoh Penilaian HR:

“Calon ini menunjukkan critical thinking ketika diberikan case study dalam assessment centre.”


3. Kemahiran Bekerjasama Dalam Pasukan

  • Majoriti projek di syarikat besar dijalankan secara berkumpulan.
  • Graduan yang tidak boleh bekerjasama sukar diterima dalam organisasi.
  • Kebolehan ini melibatkan mendengar pendapat orang lain, bertoleransi, serta membantu ahli kumpulan mencapai matlamat bersama.

Contoh Penilaian HR:

“Calon ini nampak supportive semasa group discussion. Tidak dominate tetapi membantu team reach conclusion.”

Artikel Berkaitan: Kerja Sendiri Lepas Grad: Gaji Masyuk Guna Phone & Laptop Saja!


4. Kebolehan Mengurus Masa Dengan Baik

  • Syarikat besar menekankan kepantasan dan kecekapan.
  • Anda akan diberi beberapa tugasan serentak. Oleh itu, kebolehan mengurus masa membantu anda menyiapkan kerja mengikut dateline.
  • Gunakan tools seperti calendar, Asana atau Trello untuk mengatur tugas harian.

Contoh Penilaian HR:

“Calon mampu ceritakan cara dia prioritise tugasan assignment semasa di universiti.”


5. Kemahiran Teknologi & Digital Literacy

  • Graduan perlu mahir asas Microsoft Office, Google Workspace dan sistem kerja digital yang digunakan syarikat.
  • Jika ada tambahan skill seperti Canva, basic coding, data analysis (Excel Advanced) atau penggunaan software mengikut industri, ia akan menjadi nilai tambah yang besar.

Contoh Penilaian HR:

“Calon ini ada basic Power BI dan Tableau, sangat membantu untuk department data analysis.”

Baca Ini: Step-by-Step Resume Tips Untuk Pencari Kerja – Confirm HR Cari!


Kesimpulan

Graduan perlu sedar bahawa syarikat besar bukan hanya mencari kelulusan atas kertas semata-mata. Mereka mahu individu yang boleh berkomunikasi dengan baik, menyelesaikan masalah, bekerja dalam pasukan, mengurus masa dan celik teknologi. Lengkapkan diri dengan 5 skill ini, insya-Allah peluang anda diterima di syarikat besar akan menjadi lebih cerah.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma