4 Tips Mohon Kerja Di Luar Bidang Pengajian, Jangan Sesekali Menipu!

Orang cakap zaman sekarang ini dah tak boleh pilih kerja, betul ke? Memang peluang pekerjaan zaman sekarang agak terhad, tetapi anda mestilah bijak dalam memohon kerja jika mahu bekerja! Nak kerja tak semestinya mohon kerja dalam bidang pengajian sahaja, jika ada peluang pekerjaan di luar bidang pengajian yang anda minat tak salah untuk anda mohon.

Macam mana nak mohon kerja yang dii luar bidang pengajian? Apa pun, jangan risau dan jangan banyak mengeluh. Sebaliknya bekerja dengan bersungguh dan kutip segala pengalaman dan ilmu yang ada. Ingat! Pengalaman dan kemahiran yang ada sangat diperlukan oleh majikan pada masa kini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan tips mohon kerja di luar bidang pengajian.

TIPS MOHON KERJA DI LUAR BIDANG PENGAJIAN

Berikut adalah 4 tips berguna yang anda boleh jadikan rujukan jika nak mohon kerja yang di luar bidang pengajian anda.

1. Buat Research

Ada banyak pekerjaan yang sebenarnya terima graduan daripada pelbagai bidang. Jadi, rajin-rajin buat research mengenai pekerjaan tersebut agar anda boleh bekerja dengan selesa.

Kemudian, rajin-rajin bertanya dengan senior di tempat kerja sekiranya diterima kerja. Ia akan memudahkan anda untuk bekerja seterusnya membuatkan anda selesa ketika bekerja nanti.

2. Sesuaikan Format Resume

Hasilkan resume yang menonjolkan skill dan pengalaman dengan jelas. Ini kerana ada HR atau bakal majikan yang melihat kemahiran dan pengalaman masing-masing berbanding bidang pengajian anda.

3. Tingkatkan Softskill

Seperti yang dinyatakan tadi, tidak semua majikan mahukan pekerja yang mempunyai bidang yang sama dengan pekerjaan yang ditawarkan. Sebaliknya ada majikan yang mahukan pekerja yang mempunyai kemahiran softskill yang mereka perlukan. Tidak semua calon yang pandai dalam bidang tersebut boleh melakukan  sesuatu pekerjaan secara praktikal.

4. Jangan Menipu

Jangan sesekali menipu bahawa anda berada dalam bidang tersebut kerana HR atau bakal majikan akan meminta sijil untuk membuat semakan.

Ceritakan hal yang sebenar kepada majikan dan ulang semula point nombor 2 dan 3. Ia adalah satu bonus sekiranya anda mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh majikan untuk menjawat jawatan tersebut.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma