Permohonan Zakat Awal Persekolahan Sehingga RM200 Pelajar Pra Sekolah, Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyediakan bantuan menerusi agihan zakat awal persekolahan sebanyak RM3 juta tahun ini berbanding RM1 juta sebelum ini.
Permohonan dikalangan Asnaf Fakir Miskin Negeri Pahang yang berdaftar sebagai penerima bantuan dan tahunan layak memohon Agihan Zakat Awal Persekolahan tahun 2023. Bantuan tunai yang ditawarkan ini adalah bagi memudahkan urusan pendaftaran anak Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Agihan Zakat Awal Persekolahan tahun 2023 dibuka sehingga:
- Tarikh tutup: 28 Februari 2023
KADAR BANTUAN
Bantuan awal persekolahan diwujudkan bagi membantu ibu bapa daripada golongan asnaf untuk membuat persiapan bagi sesi persekolahan akan datang, di samping memberi suntikan semangat kepada murid untuk terus menuntut ilmu
Kadar bantuan yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:
- Pelajar Pra Sekolah: RM100
- Pelajar Sekolah Rendah: RM150
- Pelajar Sekolah Menengah: RM200
SYARAT KELAYAKAN
Syarat permohonan bantuan adalah:
- Pemohon dalam kalangan asnaf fakir miskin dan asnaf mualaf yang berdaftar di negeri Pahang sahaja
- Mereka yang berdaftar dengan MUIP sebagai penerima bantuan bulanan dan tahunan
CARA MOHON
Ibu bapa yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan boleh buat permohonan secara atas talian melalui laman web disediakan sehingga 28 Februari 2023. Permohonan boleh dibuat melalui laman web berikut:
Kira-kira 34,924 individu layak menerima bantuan awal persekolahan dan bantuan berkenaan antara usaha dilakukan MUIP bagi membantu golongan asnaf secara berterusan di negeri ini.