Pengambilan Bakal Pegawai Kadet (Pengajian Asasi UPNM) Buat Lepasan SPM, Terima Bantuan Khas KPM RM2,500

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan SPM untuk mengikuti Pengajian Asasi UPNM selama setahun. Pelajar Asasi akan menerima Bantuan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak RM 2,500.00 setahun.

Bakal Pegawai Kadet yang berjaya ke program Pengajian Sarjana Muda mulai tahun pertama akan dilantik sebagai Pegawai Kadet dan layak mendapat tajaan daripada pihak Kementerian Pertahanan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Bakal Pegawai Kadet (Pengajian Asasi UPNM) buat lepasan SPM dan panduan buat permohonan bagi calon yang berminat.

JAMINAN KERJAYA

Selepas tamat pengajian asasi, Bakal Pegawai Kadet yang berjaya ke program Pengajian Sarjana Muda mulai tahun pertama akan dilantik sebagai Pegawai Kadet dan layak mendapat tajaan daripada pihak Kementerian Pertahanan.

PK UPNM akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian dan latihan ketenteraan.

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan Akademik adalah berlandaskan Syarat Khas yang telah ditetapkan oleh universiti mengikut Program Asasi seperti berikut:

  1. Program Asasi Perubatan
  2. Program Asasi Kejuruteraan & teknologi
  3. Program Asasi Pengurusan dan Strategi

Syarat Am universiti bagi kemasukan Pengajian Asasi bagi Lepasan SPM/setaraf:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus peperiksaan SPM sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Sejarah

UPNM membuka laluan kepada pelajar-pelajar yang akan mengikuti Pengajian Asasi untuk melalui proses Saringan Pemeriksaan Kesihatan Program Asasi pertahanan UPNM sebagai persediaan awal untuk menjadi calon Pegawai Kadet UPNM.

FAEDAH PEGAWAI KADET

Pelajar Asasi akan menerima Bantuan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak RM 2,500.00 setahun.

Antara faedah diterima bagi calon yang dilantik sebagai Pegawai Kadet adalah:

  • Gaji dan Elaun
  • imbuhan
  • Bonus Tahunan
  • Kos Pengajian, Penginapan dan Latihan Ketenteraan
  • Ijazah dan Tauliah

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang Pegawai Kadet dan berkhidmat dengan TLDM atau TUDM, anda boleh buat permohonan Program Asasi UPNM melalui bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dengan mendaftar melalui:

Calon mestilah memilih UPNM sebagai PILIHAN PERTAMA. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tentera akan disenarai pendek akan dipanggil untuk proses pemilihan di pusat pemilihan yang akan ditetapkan kelak.

Saringan Pemeriksaan Kesihatan Program Asasi Pertahanan UPNM bagi tahun 2023 akan diadakan pada Mei 2023.

Untuk maklumat  lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi 03 40131425/1426.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma