Syarat & Panduan Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penjara KA19

Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera & Kecergasan merupakan satu ujian di mana fizikal dan kecergasan calon pekerja diuji oleh penilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk menyaring calon yang layak menjawat jawatan dari segi kecerdasan diri.

Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera & Kecergasan SPA bukan sahaja melibatkan pemeriksaan ukuran badan, malah melibatkan kecergasan diri calon. Bagi calon yang dapat panggilan Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penjara KA19, anda kini dah boleh buat persediaan semak syarat dan panduan menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera & Kecergasan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penjara KA19 dan panduan ujian.

SEMAKAN KELAYAKAN UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL PANCAINDERA & KECERGASAN PEGAWAI PENJARA KA19

Calon yang dah mohon jawatan Pegawai Penjara KA19 melalui SPA9 dan melepasi syarat dah boleh buat semakan kelayakan Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) Pegawai Penjara KA19 di pautan berikut:

Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) Pegawai Penjara KA19 akan diadakan pada:

  • Tarikh ujian: 20 hingga 26 Februari 2023

SYARAT FIZIKAL DAN PANCAINDERA PEGAWAI PENJARA KA19

Calon mestilah memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

TUGAS PEGAWAI PENJARA KA19

Sebelum anda pergi menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penjara KA19, pastikan anda ambil tahu tugas-tugas Pegawai Penjara KA19:

Bertanggungjawab mengawal banduan (orang tahanan/juvana) melibatkan keselamatan fizikal dan pengurusan termasuk tugas-tugas pemulihan dan kawalan semasa banduan menjalani rawatan di hospital atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.

UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL PANCAINDERA & KECERGASAN PEGAWAI PENJARA KA19

Dalam Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penjara KA19, calon akan menghadapi pemeriksaan fizikal dan pancaindera yang meliputi:

  • Pemeriksaan Ukuran Badan
    a) Ketinggian
    b) Berat Badan
    c) Body Mass index (BMI)
    d) Calon Lantikan Terus – 19 – 24
    Calon PSL – 19 – 30
    e) Ukuran Dada (biasa/tarik nafas) *Calon wanita dikecualikan
  • Pemeriksaan Penglihatan
    a) Jarak Penglihatan “Visual Acuity” 6/9 (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap “Contact lense”). Calon KPSL Dikecualikan
    b) Pengecaman warna dan nombor
  • Pemeriksaan Pendengaran
  • Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
    a) Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
    b) Berkawad

Kandungan pemeriksaan kecergasan meliputi:

  • Larian 2.4 KM
    i) Lelaki 14 minit
    ii) Wanita – 17 Minit
  • Bangun tubi dalam masa 2 minit
    i) Lelaki – 30 kali
    ii) Wanita – 28 kali
  • Lari ulang alik ( 4 x 10 meter)
    i) Lelaki – 11 saat
    ii) Wanita – 13 saat
  • Lompat jauh berdiri
    i) Lelaki – 215 sentimeter
    ii) Wanita – 162 sentimeter

TIPS LULUS UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL PANCAINDERA & KECERGASAN PEGAWAI PENJARA KA19

Nak lulus Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penjara KA19, ikuti perkongsian tips ini:

  • Lakukan persediaan seperti membuat latihan kecergasan. Contohnya anda boleh buat latihan larian mengikut masa dan jarak yang ditetapkan seperti di atas
  • Bagi calon yang BMI agak melebihi daripada yang ditetapkan, anda boleh mula mengekalkan diet sihat dan cuba menurunkan berat badan anda
  • Jaga kesihatan anda dengan baik. Pastikan anda menjaga kesihatan dengan minum air secukupnya dan makan makanan yang sihat sehingga hari ujian tiba
  • Tidur dan rehat secukupnya 3 hari sebelum hari ujian sebenar
  • Jangan paksa diri untuk melakukan latihan sehingga mencederakan diri sendiri. Gunakan masa yang diberikan dengan melakukan latihan mengikut kemampuan anda
  • Dapatkan nasihat kesihatan dan latihan fizikal daripada jurulatih kecergasan yang lebih pakar
  • Hadir awal 30 minit sebelum ujian dan laporkan kepada urusetia
  • Pakai pakaian sukan yang sesuai mengikut panduan yang diberikan
  • Tenang dan bersedia ketika hari ujian tiba.

Gunakan masa yang diberi secukupnya untuk anda membuat persediaan dari segi latihan untuk menghadapi Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penjara KA19. Tiada usaha, tiadalah kejayaan. Jangan fikir kejayaan datang bergolek.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma