Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM
Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Sesi 2023-2026 di Darul Quran JAKIM (DQ) dan di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ). Program ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (MQA/FA7510).
Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Calon yang berminat untuk mengikuti pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat di Darul Quran JAKIM, anda boleh buat permohonan secara atas talian sekarang.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pengajian ditawarkan dan panduan buat permoonan.
Isi Kandungan
SISTEM PENGAJIAN
Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Kursus-kursus elektif yang terdapat dalam program ini ialah:
- Kursus Elektif Qiraat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, MTN Pahang, KAQSA Melaka, MTQN (MAIK) Kelantan, MTQN Perak, IQDAR Kedah, ITQAN Negeri Sembilan, MTQ ADDIN Perak dan ITQAS Sabah)
- Kursus Elektif Syariah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTN Pahang)
- Kursus Elektif Dakwah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, ITQAN Negeri Sembilan, IQDAR Kedah, INSPI Terengganu dan IKMAS Sarawak)
- Kursus Elektif Hadith (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN Perak)
- Kursus Elektif Muamalat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM)
- Kursus Elektif Pengurusan Halal (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan KAQSA Melaka)
KELEBIHAN DISEDIAKAN
Antara kelebihan dan manfaat yang disediakan kepada setiap pelajar adalah:
- Penginapan dan biasiswa disediakan
- Tiada yuran pengajian dikenakan (Pengajian di Darul Quran JAKIM)
- Bantuan pendidikan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ)
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
-
Beragama Islam
-
Warganegara Malaysia
-
Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran.
-
Tidak berkahwin
- Lulus:
I) SPM (Calon yang telah memiliki keputusan SPM sahaja);
II) Percubaan SPM (Calon SPM 2022 sahaja)*; atau
III) Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5 (calon SPM 2022)*.
dengan syarat minimum Gred C dalam mata pelajaran berikut:
i) Bahasa Melayuii) Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;iii) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Manahij Ulum al-Islamiyah dan;iv) LULUS Bahasa Inggerisv) LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)vi) LULUS Temu dugavii) Mempunyai tahap kesihatan yang baik. - Kelayakan khas yang diberikan kepada Graduan Program Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran JAKIM adalah seperti berikut:
i) Lulus mata pelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum tamat pengajian diploma / graduasi; dan
ii) Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM.
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan program pengajian ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian sehingga 31 Mac 2023. Permohonan boleh dibuat melalui laman berikut:
Pemohon boleh menyemak keputusan layak temu duga di laman sesawang Darul Quran JAKIM. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 10 Julai 2023 adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi, Darul Quran JAKIM di talian:
- Tel: 03-60635351 / 5349 / 5323 / 5374 / 5324
- E-mel: info_dq@islam.gov.my