Tawaran Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan Sehingga RM20,000 Buat Pengusaha Produk Pelancongan
Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan (SBEP) adalah program bantuan untuk menggiat dan meningkatkan penglibatan individu dan komuniti dalam aktiviti dan membangunkan produk berasaskan pelancongan yang berpotensi dan berdaya maju bagi meningkatkan pendapatan.
Permohonan adalah dibuka kepada pengusaha produk pelancongan secara individu atau berkelompok melalui persatuan, koperasi, organisasi, komuniti penduduk yang ditubuhkan secara sah serta diiktiraf oleh pihak Kerajaan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF SKIM BANTUAN EKONOMI PELANCONGAN
Objektif pelaksanaan Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan (SBEP) ini adalah sebagaimana berikut :
- Bantuan kewangan kepada individu dan komuniti untuk melaksana, meningkat serta memantapkan aktiviti pelancongan yang diceburi;
- Menggalakkan penglibatan penduduk dalam aktiviti ekonomi berkaitan pelancongan;
- Insentif ini memberi tumpuan kepada pengusaha pelancongan sebagai booster untuk meneruskan perniagaan dan menambahbaik perusahaan kepada tahap yang lebih baik;
- Memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera; dan
- Mentrasformasi luar bandar untuk meningkat kesejahteraan masyarakat.
SKOP BANTUAN
Skop bantuan SBEP seperti berikut:
- Pembekalan peralatan/ mesin/ kelengkapan perniagaan bagi tujuan menjalankan aktiviti berkaitan pelancongan;
- Promosi produk pelancongan seperti kerja-kerja pembekalan atau percetakan (pamphlet/iklan/papan iklan);
- Penyediaan papan tanda (signboard) / mercu tanda perniagaan/ produk berkaitan pelancongan;
- Menjalankan aktiviti atau pengurusan acara berkaitan pelancongan seperti program tarikan pengunjung, seni dan budaya serta lain-lain yang berkaitan; dan
- Kerja-kerja baik pulih untuk pemulihan atau pemuliharaan berkaitan produk. atau aset pelancongan.
KADAR BANTUAN
SYARAT PERMOHONAN
Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- Pemohon telah membangunkan produk pelancongan dan berdaftar atau dilesenkan dengan jabatan/ agensi Kerajaan atau mana-mana badan yang diiftiraf oleh Kerajaan berkaitan pelancongan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tourism Johor, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain yang berkaitan; Operasi perusahaan/ perniagaan berkaitan pelancongan adalah di dalam Wilayah KEJORA;
- Pemohon mestilah mempunyai asas perniagaan dan telah memulakan aktiviti berkaitan pelancongan melebihi enam (6) bulan serta berpotensi untuk Berjaya dan mempunyai minat
- Pemohon hendaklah mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran yang baik/ memuaskan;
- Berjaya membuktikan rekod pinjaman perniagaan (sekiranya ada) termasuk hasil pendapatan atau rekod kewangan;
- Pemohon yang telah menerima bantuan boleh memohon semula selepas tempoh tiga (3) tahun tertakluk kepada prestasi bantuan sebelum ini;
- Pemohon hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan (SBEP) seperti di LAMPIRAN beserta dokumen sokongan yang berkaitan;
- Pemohon hanya dibenarkan membuat sekali permohonan dalam tempoh satu tahun;
- Setiap permohonan yang memenuhi syarat akan dipilih untuk dinilai melalui sesi penilaian di tapak dan ditemuduga oleh Jawatankuasa Penilaian Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan (SBEP);
CARA MOHON
Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperloehi secara percuma melalui kaedah berikut :
- Memuat turun Borang Permohonan SBEP KEJORA:
- Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form di https://docs.google.com/forms/
- Mendapatkan borang permohonan di Ibu Pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut :
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR
Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat di atas beserta dokumen sokongan yang telah disahkan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) sebelum jam 03.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan / puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pelancongan, KEJORA di talian 07-8843099 atau 07-8843095.