Contoh & Tips Buat Resume Yang ATS “Friendly”
Pernah tak anda mohon pelbagai kerja tetapi tak pernah dapat sebarang panggilan temuduga? Ramai tak tahu sebenarnya majikan menggunakan software Applicant Tracking System (ATS) atau Sistem Pengesanan Pemohon untuk “scan” resume calon. Jika anda mohon banyak kerja tetapi tak dapat sebarang panggilan, berkemungkinan resume anda telah “disingkirkan” oleh ATS ini.
ATS adalah perisian yang diguna pakai oleh majikan atau agensi bagi memudahkan proses pengambilan pekerja. ATS digunakan untuk mengumpul, mengimbas, dan menyusun pemohon mengikut turutan kelayakan. Pada awalnya, perisian ini dibangunkan untuk syarikat-syarikat besar yang menerima beribu permohonan pekerjaan setiap minggu. Kini, perisian ini tidak lagi asing bagi syarikat kecil dan agensi pengambilan pekerja.
Nak tahu macam mana contoh resume yang ATS friendly dan tips buat resume tersebut, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
TIPS BUAT RESUME YANG ATS FRIENDLY
1. Format Fail
Setiap perisian yang ada pada ATS adalah berbeza. Jadi, baca dahulu apakah jenis fail yang perlu anda sediakan. Bagaimana pula jika tidak dinyatakan jenis fail secara spesifik? Anda digalakkan untuk menggunakan dokumen seperti Ms Word (.doc atau .docx) selain daripada PDF. Tidak digalakkan menggunakan fail plain-text (.txt) walaupun ianya mesra ATS kerana format resume sangat terhad.
2. Header & Footer
Jangan sesekali meletakkan maklumat penting serta kata kunci di header dan footer resume anda kerana sistem ATS tidak dapat mengimbas maklumat yang anda letakkan.
3. Optimum Kata Kunci
Walaupun terdapat banyak skill yang anda ingin tonjolkan dalam resume, anda dinasihatkan untuk optimumkan kata kunci dalam resume. Jadi, optimumkan kata kunci yang menunjukkan soft skill dan hard skill serta kepakaran yang diperlukan oleh majikan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Buat sedikit kajian mengenai pengalaman, kemahiran, kelebihan dan kelayakan yang diperlukan oleh majikan dan masukkan kata kunci yang berkaitan. Huraikan secara ringkas pengalaman dan kemahiran dengan jelas agar ATS boleh membuat imbasan.
4. Elak Imej, Ikon, Carta & Grafik
ATS tidak dapat mengesan atau mengimbas imej, ikon, carta dan grafik. Oleh itu elakkan daripada menggunakan imej, ikon, carta dan grafik dalam resume anda. Namun, anda boleh sahaja menggunakan nombor, huruf (a, b, c), huruf roman (i, ii, iii) dan simbol biasa (bullet points) pada resume.
5. Reka Bentuk Resume
Kalau kreatif sangat sekalipun, tak perlu anda sediakan resume dalam bentuk yang terlalu kompleks penuh warna warni serta penuh dengan imej dan ikon.
Bukan sahaja ATS tidak boleh buat imbasan resume anda, tetapi HR atai bakal majikan pun rasa hilang tumpuan nak baca. Ingat, muka depan resume sangat penting!
5 SEBAB UTAMA RESUME DISINGKIRKAN ATS
Terdapat 5 sebab utama resume disingkirkan iaitu:
- Menggunakan template resume yang tidak sesuai seperti terlalu banyak imej, ikon, carta dan grafik.
- Maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon diletakkan pada header atau footer dalam dokumen Microsoft Word.
- Tiada kata kunci yang spesifik seperti yang diprogramkan oleh majikan.
- Menggunakan singkatan seperti BSc. Hons bagi Bachelor of Science Honours.
- Menggunakan format fail yang tidak bersesuaian dengan ATS seperti PDF.
Rujuk: Panduan Buat Semakan Resume Anda ATS Friendly Atau Tidak.
CONTOH RESUME YANG ATS FRIENDLY
Semoga bermanfaat!