Temuduga Terbuka Pelatih Polis Bantuan Prasarana, Mohon Dengan Minima SPM

Prasarana Malaysia Berhad atau dikenali sebagai Prasarana merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. Prasarana kini membuka peluang kerjaya untuk diisi orang orang ramai!

Anda berminat nak bina kerjaya bersama Prasarana? Prasarana akan mengadakan temuduga terbuka tidak lama lagi dengan menawarkan jawatan Pelatih Polis Bantuan buat warganegara Malaysia. Dengan kelayakan minima SPM anda layak untuk mohon jawatan ditawarkan!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan menghadiri temuduga terbuka Prasarana.

FAEDAH DISEDIAKAN

Antara faedah pekerja yang disediakan buat calon yang berjaya mendapat penempatan adalah:

  • Pekerjaan tetap
  • Elaun syif
  • Elaun Dobi
  • Caruman KWSP & SOCSO
  • Cuti tahunan
  • Faedah perubatan (termasuk pergigian & Optik)
  • Kemudahan menggunakan perkhidmatan pengangkutan di bawah Kumpulan Prasarana secara percuma

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan dibuka kepada individu yang memenuhi syarat permohonan berikut:

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia. Bekas anggota tentera/ polis adalah digalakkan memohon dan disahkan mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh temuduga dan bagi bekas anggota tentera/ Polis had umur tidak melebihi 45 tahun
  • Lulus 5 mata pelajaran SPM termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah
  • Tidak mempunyai rekod jenayah
  • Memiliki lesen memandu yang sah sekurang-kurangnya B2 dan mempunyai kenderaan sendiri

Calon juga mestilah memenuhi syarat fizikal berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163cm (lelaki) dan 157cm (wanita) tanpa sepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan sekurang-kurangnya 48kg (perempuan)
  • Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • Tahap kesihatan dan penglihatan yang baik serta tiada cacat fizikal
  • Tidak menghidap sebarang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda bawa bersama dokumen-dokumen berikut (ASAL & SALINAN) semasa hadir temuduga:

  • Resume
  • Gambar berukuran passport
  • Kad pengenalan
  • Sijil SPM

MAKLUMAT TEMUDUGA TERBUKA

Sekiranya anda berminat untuk mohon jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh hadir ke temuduga terbuka bersama dokumen dinyatakan di atas pada:

  • Tarikh: 8 & 9 Februari 2023
  • Sesi pendaftaran & Ujian kecergasan: 7 pagi hingga 10 pagi
  • Tempat: Depoh Bas Asia Jaya, Jalan 51A/223 Seksyen 51A, 46100, Petaling Jaya, Selangor
  • Pakaian Ujian Kecergasan: Bawa pakaian dan kasut sukan lengkap
  • Pakaian Ujian Sesi Temuduga: Calon perlu membawa seluar slack, baju kemeja bagi lelaki, baju kurung atau baju kemeja bersesuaian bagi wanita serta kasut bertutup

Hanya calon yang beraya ujian kecergasan sahaja akan ditemuduga pada hari yang sama mulai jam 10 pagi.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma