Maksud Setiap Lambang Pada Jata Negara Yang Ramai Tak Tahu
Jata Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu.
Elemen dan sentimen seperti Bunga Raya yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara.
Nak tahu maksud-maksud bagi setiap lambang yang ada pada jata negara, anda boleh ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
MAKSUD LAMBANG DI JATA NEGARA
Bintang Pecah Empat Belas
Maksud bintang pecah empat belas menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia iaitu Johor Darul Takzim, Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim, Melaka Bandaraya Bersejarah, Negeri Sembilan Darul Khusus, Pahang Darul Makmur, Perak Darul Ridzuan, Perlis Indera Kayangan, Pulau Pinang Pulau Mutiara, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Sarawak Bumi Kenyalang, Selangor Darul Ehsan serta Terengganu Darul Iman dan termasuk sekali dengan kawasan Kerajaan Persekutuan seperti Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.
Bintang Bersama-sama Anak Bulan
Manakala bintang bersama-sama anak bulan itu bermaksud agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Lima bilah keris yang berada di tengah-tengah jata itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Pokok Pinang
Bahagian sebelah kiri jata itu adalah (pokok Pinang) yang menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan itu adalah pokok Melaka yang menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat terdahulu.
Empat Jalur
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah yang terkandungnya warna merah, hitam, putih kuning warna-warna hitam dan putih. Hitam dan putih adalah warna bagi negeri Pahang; merah dan kuning adalah warna bagi negeri Selangor; hitam, putih dan kuning adalah warna bagi negeri Perak; merah, hitam dan kuning adalah warna bagi Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga Bahagian Sebelah Kiri
Tiga bahagian di sebelah bawah kiri itu ialah negeri Sabah manakala di sebelah kanan bawah itu pula ialah negeri Sarawak.
Bunga Raya
Di tengah-tengahnya pula ialah Bunga Raya yang juga dikenali sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia.
Dua Ekor Harimau
Dua ekor Harimau yang berada di sebelah kiri dan kanan jata itu pula adalah merupakan haiwan rasmi Malaysia iaitu Harimau Malaya dan merupakan haiwan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdahulu dan digunakan dalam Lambang Malaysia. Harimau itu juga merupakan simbol keberanian.
Slogan Bersekutu Bertambah Mutu
Slogan “Bersekutu Bertambah Mutu” pada sebelah kiri itu ditulis dalam tulisan Rumi manakala disebelah kanan pula ditulis menggunakan tulisan Jawi.
Warna Kuning Awan
Warna kuning pada awan-awan itu melambangkan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia.
Semoga bermanfaat!