Macam Mana SPA Memulakan Urusan Pengambilan Bagi Sesuatu Jawatan? Ini Penjelasannya
Pernah terfikir tak macam mana pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mula mengeluarkan iklan kekosongan jawatan dan buka pengambilan bagi sesutu jawatan? Jangan tahu mohon je, pastikan anda tahu juga macam mana SPA memulakan urusan pengambilan sesuatu jawatan untuk tambah pengetahuan anda tentang pengambilan SPA.
SPA akan memulakan urusan pengambilan bagi sesuatu jawatan sebaik sahaja menerima permohonan dari Kementerian/Jabatan/SUK Negeri yang berkenaan untuk mengisi jawatan tersebut.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bagaimana langkah pengambilan sesuatu jawatan melalui SPA.
Isi Kandungan
MACAM MANA SPA MEMULAKAN URUSAN PENGAMBILAN SESUATU JAWATAN?
SPA akan memulakan urusan pengambilan bagi sesuatu jawatan sebaik sahaja menerima permohonan dari Kementerian/Jabatan/SUK Negeri yang berkenaan untuk mengisi jawatan tersebut.
Kementerian/Jabatan/SUK Negeri adalah bertanggungjawab melaporkan kekosongan kepada SPA dengan memaklumkan bilangan jawatan yang hendak diisi serta maklumat lain seperti jumlah kekosongan yang dijangka wujud dalam tempoh terdekat, senarai tugas jawatan, diskripsi tugas dan sebagainya melalui ePengisian.
Kementerian/Jabatan/SUK Negeri juga boleh memohon apa-apa keperluan khusus yang perlu calon miliki seperti pengkhususan kelayakan mengikut keperluan jabatan atau keperluan skop tugas skim perkhidmatan yang ingin diisi.
Kementerian/Jabatan/SUK Negeri perlu memaklumkan jumlah kekosongan sebenar yang ingin diisi dan kekosongan yang dijangka berlaku akibat persaraan, perletakan jawatan, kenaikan pangkat dan lain-lain kekosongan yang akan berlaku dalam tempoh 1 tahun akan datang.
PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN
Urusan permohonan pengisian bagi sesuatu jawatan adalah tidak melebihi dua kali setahun. Untuk itu, Kementerian/Jabatan/SUK Negeri perlu membuat perancangan yang teliti serta mengambil kira urusan kenaikan pangkat sebelum mengemukakan permohonan pengisian jawatan kepada SPA.
URUSAN PERMOHONAN JAWATAN
SPA telah melaksanakan urusan permohonan jawatan sepanjang masa melalui online. Dengan kaedah ini, SPA tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar sebelum sesuatu urusan pengambilan bagi pengisian jawatan kosong dilaksanakan.
Mulai tahun 2009, pendaftaran SPA dijalankan secara online sepenuhnya. Calon perlu berdaftar dengan SPA menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9). Calon boleh memohon sehingga maksimum 15 pilihan jawatan berdasarkan kelayakan dan minat mereka. Seperti biasa, permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan tempoh sah laku pendaftaran adalah selama 1 tahun.
Permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam bank data SPA. Tempoh sah laku setiap pendaftaran ialah 1 tahun. Sekiranya pemohon masih tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh Surat Akuan Pendaftaran, mereka perlu memperbaharui pendaftaran sekiranya masih berminat.
Berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan/SUK Negeri, SPA akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak pemohon yang memohon jawatan berkenaan yang pendaftarannya masih sah. Oleh itu, pemohon dinasihatkan supaya memastikan pendaftaran mereka sentiasa sah/aktif.
Semoga bermanfaat!