Pendaftaran Calon Persendirian Ujian Akhir Tingkatan 3 Kini Dibuka
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah maklumkan bahawa pendaftaran calon persendirian untuk menduduki Ujian Akhir Tingkatan 3 tahun 2023 kini telah dibuka. Calon persendirian yang berkelayakan bolah buat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka.
Pendaftaran mestilah dibuat melalui Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri dengan membayar Fi yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pendaftaran Ujian Akhir Tingkatan 3 dan panduan pendaftaran.
Isi Kandungan
TEMPOH PENDAFTARAN
Pendaftaran adalah dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 11 hingga 27 Januari 2023
SYARAT PENDAFTARAN
Pendaftaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Pendaftaran melalui Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri
- Berumur 17 tahun pada 1 Januari tahun pentaksiran
- Ri RM100 (Money Order/ Bank Drafr atau nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA)
MATA PELAJARAN DITAWARKAN
Berikut adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Islam (Calon yang bergama Islam sahaja)
CARA DAFTAR
Calon yang berkelayakan dan ingin buat pendaftaran Ujian Akhir Tingkatan 3 boleh buat pendaftaran sepanjang tempoh ditetapkan melalui:
- Hadir ke Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri
Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran Ujian AKhir Tingkatan 3 bagi calon persendirian ini, anda boleh terus ke Jabatan Pendidikan Negeri.