Resepi Sambal Penyet Mudah, Sedap & Tahan Seminggu Buat Stok Pembuka Selera
Pasti ramai yang suka makan nasi ayam penyet dan yang paling penting adalah sambalnya yang lazat! Kalau makan, 2 benda yang paling penting adalah sambal dan rempah ayam goreng tersebut. Tahukah anda sebenarnya sambal penyet itu boleh dibuat sahaja di rumah dengan sangat mudah?
Bila di bulan puasa, sambal penyet pasti dapat membuka selera semasa berbuka mahupun sahur. Buat sendiri sahaja di rumah, sambal penyet mampu bertahan sehingga seminggu! Dah tak perlu susah-susah fikir nak cari sambal untuk pembuka selera nanti. Sesuai dimakan dengan pelbagai juadah lain!
Ikuti perkongsian di bawah untuk cara membuat sambal ayam penyet dengan mudah.
Isi Kandungan
BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:
- 9 biji cili merah besar
- 40 biji cili padi
- 3 biji tomato saiz sederhana
- 4-6 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 inci belacan
- 1 cawan minyak
- Garam, gula, serbuk perasa
CARA BUAT SAMBAL PENYET
Cara mudah sahaja, ikuti langkah di bawah:
- Goreng semua semua bahan yang disenaraikan di atas kecuali perasa
- Tumbuk atau kisarkan semua bahan di atas.
- Masuk semua bahan ke dalam kuali dan goreng sehingga naik minyak.
- Campurkan belacan dan sedikit air asam jawa bersama gula dan garam secukup rasa.
- Sejukkan Sambal Ayam Penyet terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam bekas.
Siap! Percayalah, tidak sampai 30 minit sahaja sambal yang lazat ini siap sedia dimakan. Yang paling best sekali, boleh buat stok simpan di dalam peti sejuk sehingga seminggu. Makan bersama nasi panas-panas, nikmatnya! Selamat mencuba.