Tawaran Geran Pepaduan “Kita Selangor” Sehingga RM250,000

Geran Perpaduan “KITA SELANGOR” merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan yang menawakan peruntukan geran sebanyak RM250,0000 kepada institusi-institusi berdaftar termasuklah Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Masyarakat Sivil (CSO), Institusi Pendidikan, Kajian serta Sektor Swasta.

Tawaran geran ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan mesej perpaduan melalui program, penyelidikan atau inisiatif one-off atau inisiatif one-off atau berkala. Permohonan boleh dibuat sehingga 20 Januari 2023 dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapatkan di bawah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut geran ditawarkan dan panduan buat permohonan.

OBJEKTIF GERAN

Antara objektif pelaksanaan Geran Program Perpaduan ” Kita Selangor” adalah:

  • Memperkukuhkan mesej perpaduan melalui program, penyelidikan atau inisiatif one-off atau inisiatif one-off atau berkala
  • Inisiatif perpaduan yang melibatkan rakyat dari pelbagai latar belakang
  • Solusi menyelesaikan masalah perkauman

JUMLAH PERUNTUKAN

Jumlah peruntukan geran adalah:

  • RM250,000

TEMA GERAN

Tawaran geran ini adalah bagi pelaksanaan program bertemakan:

  • Perpaduan dalam Pendidikan.
  • Perpaduan dalam Sukan.
  • Perpaduan dalam Aktiviti Sukarelawan.
  • Perpaduan dalam Seni Kebudayaan, Patriotisme dan Kenegaraan.
  • Pembendungan Diskriminasi.
  • dan lain-lain bidang yang bersesuaian.

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Permohonan dibuka kepada institusi-institusi berdaftar termasuklah Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Masyarakat Sivil (CSO), Institusi Pendidikan, Kajian serta Sektor Swasta.
  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan yang telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa yang boleh didapati di pautan yang disediakan. Borang Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  • Jumlah geran yang boleh dimohon ialah di antara RM10,000 sehingga RM20,000 sahaja untuk setiap permohonan, bergantung kepada kelulusan oleh Jawatankuasa Penilai Geran.
  • Cadangan program haruslah bertepatan dengan salah satu tema Perpaduan yang telah disenaraikan di bahagian tema.

CARA MOHON

Permohonan bagi pemohon yang berkelayakan dan berminat dengan geran ditawarkan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didpatkan melalui pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN GERAN  PERPADUAN KITA SELANGOR

Lengkapkan borang permohonan tersebut dan hantarkan ke alamat email mpiselangor@gmail.com. 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma