Semakan & Permohonan

Pendaftaran Penyertaan Pelajar Bagi Program Bas Sekolah MySchoolBus Percuma DBKL

January 12, 2023Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, DBKL membuka pendaftaran bagi pelajar untuk menyertai Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus di Perumahan Awam (PA)/ Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL bagi persekolahan tahun 2023/2024.

Penyertaan ini adalah terbuka kepada pelajar Darjah 1 sesi 2023/2024 hingga Tingkatan 5 Sesi 2023/2024 yang menetap di perumahan yang dinyatakan. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online jika dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program bas percuma yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Pendaftaran penyertaan pelajar bagi Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 9 Januari 2023 hingga 10 Februari 2023 (Jumaat)

JENIS PERUMAHAN YANG LAYAK

DBKL membuka pendaftaran bagi pelajar untuk menyertai Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus di:

  • Perumahan Awam (PA)
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  • Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL

PELAJAR YANG LAYAK

Penyertaan ini terbuka kepada pelajar:

  • Darjah 1 sesi 2023/2024 hingga tingkatan 5 sesi 2023/2024

PERMOHONAN PENYERTAAN PROGRAM BAS SEKOLAH MYSCHOOLBUS

Ibu bapa yang ingin buat permohonan boleh mengisi permohonan sepanjang tempoh ditetapkan secara atas talian. Lengkapkan borang permohonan atas talian di pautan berikut:

Borang yang tidak lengkap dan dihantar selepas tarikh tutup permohonan TIDAK AKAN DITERIMA oleh pihak urusetia. Borang yang telah LENGKAP DIISI BESERTA DOKUMEN SOKONGAN boleh dihantar di Pejabat Cawangan DBKL yang berhampiran.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh emel ke alamat myschoolbus.wilayah@gmail.com.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda