Tawaran Skim Bantuan Ke IPTA RM1,000 Pengajian Diploma & Ijazah Sarjana Muda
Yayasan Makmur Batu Pahat, sebuah NGO kebajikan dibawah Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) kini menawarkan Skim Bantuan ke IPTA terbuka kepada calon di daerah Batu Pahat yang dapat peluang menyambung pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Pemohon yang berkelayakan boleh buat permohonan bantuan ditawarkan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan. Pastikan permohonan dibuat segera sebelum 31 Januari 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan akan diberikan kepada pemohon yang layak mengikuti peringkat pengajian berikut:
- Diploma: RM600
- Ijazah Sarjana Muda: RM1,000
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- merupakan Warganegara Malaysia
- Bersekolah atau bermastautin tetap di dalam kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat
- Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institut Pengajian Tinggi Awam
- Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitumal, JKM dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), golongan B40 serta lain-lain golongan yang memerlukan akan diberi keutamaan
- Terbuka untuk kemasukan pendaftaran semester pertama sahaja.
CARA MOHON
Calon yang berkelayakan dan berminat untuk mohon bantuan ditawarkan boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara PERCUMA di alamat berikut:
- Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Korporat,
Aras 2, Menara MPBP, Jalan Rugayah,
83000, Batu Pahat - Tel: 07-4396823/ 07-4396825
Ana juga boleh muat turun borang permohonan di pautan berikut:
BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN IPTA