Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Bantuan Berpantang RM200 Buat Ibu Yang Melahirkan Anak

Oleh Cikgu Shaari • January 4, 2023 • 2 min baca

Bantuan Berpantang RM200 Buat Ibu Yang Melahirkan Anak
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat ibu yang melahirkan anak di Terengganu pada tahun 2023! Seperti diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar anda bakal memperoleh baucar pakej berpantang bernilai RM200. Bantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada sekitar 5,000 wanita melahirkan anak pada tahun 2023 yang layak.

Ia sebagai komitmen kerajaan negeri Terengganu menjayakan Pelan Dasar Wanita Terengganu 2030 yang dilancarkan baru-baru ini. Selain itu, kadar Skim Pertama Sejahtera untuk bayi yang baru lahir di negeri tersebut juga akan dinaikkan mulai tahun hadapan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran baucar pakej berpantang buat ibu bersalin.

BAUCAR PAKEJ BERPANTANG

Ibu yang melahirkan anak di Terengganu pada tahun 2023 akan menerima Baucar Pakej Berpantang bernilai:

  • RM200

TUJUAN PEMBERIAN BAUCAR PAKEJ BERPANTAN

Pemberian baucar berkenaan adalah bagi tujuan:

  • penjagaan wanita berkenaan selepas bersalin
  • komitmen kerajaan negeri Terengganu menjayakan Pelan Dasar Wanita Terengganu 2030 yang dilancarkan baru-baru ini

INISIATIF KERAJAAN NEGERI BUAT IBU/ WANITA

Ahmad Samsuri (Pas-Rhu Rendang) berkata, selain itu daripada pakej berpantang yang diperkenalkan, ibu juga akan menerima inisiatif:

  • kadar Skim Pertama Sejahtera untuk bayi yang baru lahir di negeri tersebut juga akan dinaikkan mulai tahun hadapan.
  • sumbangan tabung pendidikan di bawah skim tersebut bakal dinaikkan kepada RM200 bagi kelahiran anak pertama dan kedua, anak ketiga hingga kelima (RM300) dan anak keenam hingga kesepuluh (RM500).
  • RM300,000 akan diperuntukkan bagi program pemeriksaan mamogram dan pap smear secara percuma bagi wanita berumur 35 tahun ke atas.

Kerajaan negeri (Terengganu) juga sedang mengkaji untuk melaksanakan program kesihatan percuma kepada golongan lelaki.

CARA MOHON BAUCAR PAKEJ BERPANTANG

Untuk makluman anda, buat masa ini kerajaan negeri Terengganu masih belum mengeluarkan maklumat dan kaedah permohonan baucar pakej berpantang yang ditawarkan. Perkongsian ini akan dikemaskini semula setelah mendapat info terbaru daripada kerajaan negeri.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.