Semakan & Permohonan

Tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Di UPSI Terbuka Buat Guru

January 4, 2023Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah  (DPLI) merupakan satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan oleh guru-guru yang mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Unik Akademia telah membuka permohonan bagi calon yang ingin menyambung pengajian di peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk mod cuti sekolah. Tawaran adalah terbuka kepada semua guru yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan yang berkaitan.

Bagi calon lepasan Ijazah yang bukan guru tetapi berminat nak jadi guru, anda juga boleh mohon kemasukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI Ambilan Februari 2023 yang dibuka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang dibuka buat guru.

MAKLUMAT KURSUS

  • Nama program: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
  • Tempoh pengajian: 1 tahun 6 bulan (3 sem)
  • Waktu Kelas: Hujung minggu
  • Tenaga pengajar: Pensyarah UPSI
  • Pengiktirafan: MQA
  • Medium bahasa: Bahasa Melayu
  • Mod pengajian: 60% bersemuka & 40% online

SYARAT KEMASUKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mepunyai Ijazah Pertama daripada Universiti yang diiktiraf kerajaan
  • Lulus kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pemohon mestilah seorang guru yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan yang berkaitan

SENARAI KURSUS

Semester 1

  • Falsafah & Perkembangan pendidikan Malaysia
  • Aplikasi Psikologi Pendidikan
  • Teknologi & Inovasi dalam pendidikan
  • Sekolah & Masyarakat
  • Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum
  • Pengajaran & Keperlbagaian pelajar

Semester 2

  • Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
  • Kajian Tindakan dalam pemndidikan
  • Pemikiran kritis dan kreatif
  • Pentaksiran Pembelajaran
  • Kaedah Mengajar
  • Latihan Mengajar di sekolah

3 KATEGORI PERMOHONAN

Terdapat 3 kategori untuk memohon DPLI kemasukan Mac 2023:

  • Yayasan Islam Kelantan (Belajar di Kota Kharu Kelantan)
  • Jabatan Agama Islam Selangor (Belajar di Shah Alam Selangor)

*Pemohon dari Suri Perihatin diminta pilih kategori Yayasan Islam Kelantan

LANGKAH PERMOHONAN

Berikut adalah langkah-langkah pembelian nombor pin DPLI UPSI Holdings dan cara memohon Program DPLI kemasukan Mac 2023:

  1. Beli nombor pin DPLI di kaunter BSN berdekatan atau secara atas talian melalui MyBSM
  2. Pembelian melalui kaunter – Maklumkan ingin membei nombor pin DPLI UPSI HOLDINGS
  3. Pembelian melalui Internet Banking – Pilih Bahagian DPLI – Tekan DPLI UPSI HOLDINGS
  4. Tuan dan puan boleh mula mengisi permohonan sehingga 20 Januari 2023 di pautan berikut:

PAUTAN PERMOHONAN DPLI UPSI

Sebarang maklumat lanjut berkenaan program pengajian ditawarkan, anda boleh hubungi Encik Hajat di talian 013 477 2048/ 05 458 2727.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda