Skim Makmur Ternak 2023: Tawaran Geran Sehingga RM10,000 Buat Penternak Kecil
Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak.
Permohonan adalah terbuka kepada penternak kecil ruminan yang mempunyai kriteria dan syarat-syarat permohonan seperti ditetapkan. Bagi yang berminat, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan disediakan dalam tempoh permohonan dibuka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut geran ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang tahun 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 1 Januari 2023 hingga 28 Februari 2023
GERAN DITAWARKAN
- Geran Pemadanan
Bekalan induk/ baka ternakan (nilai maksima RM10,000/ individu) memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan. - Geran Penuh
Bantuan kepada penternak dalam bentuk input ladang/ bahan binaan pembaikan kandang dan infrastruktur ladang (nilai maksima RM5,000/ individu)
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan terbuka kepada penternak kecil ruminan yang mempunyai kiteria dan syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai ID Premis
- Warganegara Malaysia berumur 18-60 tahun pada tahun semasa dan pemastautin negeri Pahang.
- Pemohon tidak mempunyai tunggakan pinjaman SPT, PAWAH, TRUST atau telah di senaraikan sebagai projek gagal di bawah bantuan DVS Malaysia / DVS Negeri Pahang.
- Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Mempunyai kawasan menternak yang mencukupi dan sumber makanan yang cukup.
- Mempunyai kawasan menternak yang sah, kemudahan yang sesuai dengan melampirkan geran tanah/ surat kebenaran gunapakai tanah / Perjanjian gunapakai tanah.
- Mempunyai program kesihatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.
- Pemohon mestilah penternak kecil atau sederhana sedia ada yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
- Tidak pernah menerima bantuan yang sama daripada agensi kerajaan yang lain. (boleh dipertimbangkan semula permohonan selepas 3-5 tahun daripada bantuan terakhir)
- Permohonan boleh dibuat melalui borang Skim Makmur Ternak yang di berikan secara percuma dan boleh di buat salinan atau di muat turun di laman web DVS Pahang.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dibuat bersama dokumen-dokumen berikut:
- Borang permohonan DVS/SMT01 yang telah lengkap diisi
- Salinan kad pengenalan
- Geran tanah/ surat kebenaran gunapakai tanah/ TOL/ Perjanjian sewaan atau lain-lain.
*Pastikan geran tanah/ surat kebenaran gunapakai tanah/ TOL/ Perjanjian sewaan atau lain-lain di dalam dokumen tersebut menyatakan nama pemohon. - Salinan pendaftaran ID premis
- Pengesahan JKK kampung (cop dan tandatangan)
- Salinan sijil kursus (jika ada)
CARA MOHON
Bagi penternak yang berkelayakan dan berminat dengan gran bantuan ditawarkan, anda boleh buat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka dengan menghantar dokumen-dokumen dinyatakan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran.
Borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 boleh didapatkan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran atau muat turun di bawah: