Adakah Pemberian KGT Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam Diberi Setiap Tahun? Ini Jawapannya

Dalam peruntukan khas Bajet Mini 2023, Perdana Menteri telah umumkan bersetuju untuk menersukan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56. Kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan sebanyak RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.

Kerajaan Perpaduan ini amat berterima kasih atau kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Pasti ramai yang tertanya-tanya adalah pemberian KGT Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 ini dilaksanakan setiap tahun bermula tahun 2023.

Nak tahu jawapan kepada persoalan tersebut, ikuti perkongsian di bawah.

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT)

Kadar KGT semasa bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebagaimana yang ditetapkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2016 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2016.

Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pada kadar KGT antara RM80.00 hingga RM400.00.

KGT TAMBAHAN KHAS

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional pada 1 Januari 2023.

“Kenaikan Gaji Tahunan” bermaksud amaun yang digunakan bagi pemberian pergerakan gaji biasa yang ditetapkan mengikut gred dalam Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM).

“Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas” bermaksud amaun bagi pemberian pergerakan gaji tambahan khas sebanyak RM100.00 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi tahun 2023 sahaja.

ADAKAH KGT TAMBAHAN KHAS DILAKSANAKAN SETIAP TAHUN?

Soalan: Adakah pemberian KGT Tambahan Khas sebanyak RM100 ini dilaksanakan setiap tahun bermula tahun 2023?

Jawapan: Pemberian KGT Tambahan Khas ini hanya dilaksanakan pada tahun 2023 sahaja. Walau bagaimanapun, amaun RM100 tersebut akan kekal dalam gaji hakiki pegawai.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma