Selain Daripada “Performance”, Pegawai Ini Kongsi Kriteria Khas Yang Dinilai Dalam Temuduga

Seringkali kita dengar orang berkata nak lulus temuduga kerja kerajaan bukan satu perkara yang mudah. Memang ramai yang dapat panggilan menjawab ujian khas dan temuduga, tetapi hanya beberapa calon sahaja akan lulus temuduga. Jadi, jika anda merupakan calon yang bakal menghadapi temuduga kerajaan, perkongsian ini adalah khas buat anda.

Menurut seorang Ketua Penolong Pengarah yang pernah jadi panel penemuduga, selain daripada ‘performance’ calon semasa temuduga, terdapat beberapa kriteria khas yang dinilai oleh panel penemuduga. Penilaian ini sangat jarang diketahui oleh orang ramai. Penilaian seperti ini juga tidak ada dalam temuduga sektor swasta.

Apakah kriteria tersebut? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa kriteria khas yang ramai tak sedar sebenarnya dinilai.

KRITERIA KHAS YANG DINILAI DALAM TEMUDUGA RAMAI TAK SEDAR

Berikut adalah beberapa kriteria khas yang ramai calon tak sedar sebenarnya dinilai dalam temuduga kerja kerajaan:

Latar Belakang Calon

Biasanya, jika anda pernah ditemuduga, pasti pernah ditanya mengenai latar belakang anda seperti ibu bapa anda, pekerjaan mereka, bilangan adik beradik, tempat tinggal anda dan lain-lain. Nampak mudah je soalan seperti itu bukan?

Akan tetapi, jawapan anda sebenarnya juga mampu membawa impak yang besar dalam kejayaan temuduga anda. Tahukah anda bahawa pihak panel pemilihan akan lebih bertoleransi dengan mereka yang datang dari keluarga susah, dari kampung atau pedalaman, bilangan adik-beradik yang ramai dan lain-lain.

Sebenarnya pihak kerajaan amat mengambil berat akan kesusahan hidup rakyatnya. Ini turut dinilai. Katakan anda dari keluarga yang susah, dan prestasi temuduga anda adalah sangat bagus, anda berpeluang cerah untuk berkhidmat di sektor awam.

Status Calon

Kita sering mendengar bahwa calon wanita yang telah berkahwin memang sukar mendapat tempat di sektor awam. Ini tidak benar sama sekali! Tapi, memang sering juga anggapan-anggapan seperti ini wujud dalam diri calon hasil daripada cerita-cerita khabar angin oleh rakan-rakan mereka.

Pada pemerhatian kami, tiada masalah dengan status perkahwinan. Ianya tidak menghalang dari seseorang calon untuk mendapatkan kerja di sektor awam. Sudah terbukti ramai kakitangan awam dari golongan wanita yang telah berkahwin berjaya memasuki sektor awam. Jadi jangan risau!

Umur Calon

Kebanyakan umur calon yang dipanggil temuduga adalah mereka yang berumur bawah 30 tahun. Kenapa? Padahal syarat umur untuk memasuki sektor awam adalah berbeza mengikut jawatan. Ada yang sampai umur 50 tahun kelayakan had umurnya (bukan semua jawatan. Tapi ramai yang terpilih dalam kerja kerajaan terdiri dari mereka yang berumur 20-an.

Jawapannya adalah kerana mereka yang berada di bawah umur ini lebih ramai yang memerlukan kerja dan tercari-cari kerja yang sesuai dengan mereka. Mereka yang berumur atas 30 tahun biasanya telah memiliki kerjaya yang stabil dan tetap. Jadi, keutamaan lebih diberikan kepada golongan ini.

Namun pekrongsian yang dikongsikan ini tidaklah 100% tepat. Perkongsian ini adalah hasil daripada pemerhatian calon-calon lepas sahaja yang dijadikan rujukan kepada calon akan datang.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bekas Pegawai Ini Kongsi 7 Checklist Utama Penilaian Semasa Temuduga Kerajaan

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma