Residensi MADANI 2026: Cara Mohon Rumah RM200K Secara Online (Panduan Lengkap) •Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon • Residensi MADANI 2026: Cara Mohon Rumah RM200K Secara Online (Panduan Lengkap) •Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon •

Jangan Terlalu Yakin Lulus Temuduga, Ini Anggapan Kebanyakan Calon Yang Terlalu Yakin

Oleh Cikgu Shaari • December 14, 2022 • 3 min baca

Jangan Terlalu Yakin Lulus Temuduga, Ini Anggapan Kebanyakan Calon Yang Terlalu Yakin
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Saat selesai temuduga adalah antara saat yang paling melegakan oleh setiap calon. Jangan terlalu yakin dan gembira kerana beranggapan sesi temuduga berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan majikan akan panggil untuk melapor diri nanti.

Anda kena ingat, banyak aspek yang dinilai semasa temuduga. Walaupun penemuduga nampak macam tiada masalah dengan anda semasa temuduga, tidak mustahil anda gagal. Oleh itu, jangan terlalu yakin sehingga memakan diri anda!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui anggapan calon temuduga yang terlalu yakin.

ANGGAPAN CALON TEMUDUGA YANG TERLALU YAKIN

Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga tersebut sekiranya kita:

Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang

Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA 4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika kita memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi jika tidak “perform” semasa sesi temuduga, kita juga boleh gagal.

Seseorang Calon Mestilah Banyak Bercakap Semasa Temuduga

Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian.

Apa yang penting adalah, setiap apa yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “Chances” Untuk Lulus Temuduga

Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya kita akan lulus temuduga tersebut walaupun kita ditemuduga dalam 30 – 45 minit.

Semuanya bergantung kepada kualiti persembahan temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain lagi.

Ada Surat Sokongan/ Kabel

Sekiranya kita memiliki kabel ataupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja
kerajaan.

Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga kita menggelabah dan gagal menawan hati panel penemuduga. Daripada pemerhatian kami, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.