“Apa Tindakan Jika Anak Buah Tidak Buat Kerja?” Sering Ditanya Dalam Temuduga Gred 29/ 41, Ini Cara Jawab
Jangan ambil mudah ya! Tahap kesukaran soalan temuduga kerajaan adalah berbeza mengikut gred jawatan. Semakin tinggi gred jawatan tersebut, semakin mencabar lah soalan yang akan ditanya. Tetapi jika calon sudah mempersiapkan diri lebih awal sebelum temuduga dan mempunyai pengetahuan yang cukup sebenarnya tidak menjadi masalah pun!
Bagi yang bakal ditemuduga bagi jawatan gred 41, anda kena tahu ya panel akan cari sifat “kepimpinan” dalam diri anda semasa temuduga. Anda akan terima banyak soalan berbentuk situasi dan perlu jawab dengan bijak bagaimana nak hadapi situasi tersebut.
“Apa tindakan jika anak buah/ rakan sekerja tidak buat kerja”. Ini adalah antara soalan paling famous yang bakal ditanya! Nak tahu macam mana nak jawab soalan ini, ikuti perkongsian di bawah.
Baca juga: Perbezaan Bentuk Soalan Temuduga Kerajaan Mengikut Taraf Gred Jawatan
Isi Kandungan
“APAKAH TINDAKAN JIKA ANAK BUAH TIDAK BUAT KERJA?”
Soalan ini ditanya kepada calon untuk menguji:
- Tahap kepimpinan calon
- Kebolehan calon untuk selesaikan masalah
- Cara calon berfikir
CONTOH JAWAPAN UNTUK RUJUKAN
berikut adalah contoh jawapan yang anda boleh jadikan rujukan bagi soalan ini:
Jika ada anak buah yang tidak melaksanakan tugasan kerja seperti yg diarahkan. Langkah pertama saya ambil ialah memanggil anak buah tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada dia. Sekiranya ada penjelasan yang munasabah seperti dia ada kesukaran ataupun kurang mahir, saya akan membimbing dia dalam membuat tugasan, Dan menggalakkan dia untuk mendapatkan pertolongan sekiranya perlu untuk memastikan tugasan siap seperti yang diarahkan. Tetapi sekiranya penjelasan dia tidak munasabah, saya akan memberikan amaran berlisan yang pertama beserta surat tunjuk sebab.
Untuk rakan sekerja yang sama jawatan dan gred, mula-mula saya akan bertanya sekiranya dia memerlukan pertolongan untuk menyiapkan tugasan kerja. Jika dia menolak untuk bekerjasama saya akan mengadukan masalah ini kepada penyelia utk tindakan selanjutnya.
Selepas jawab soalan ini, anda perlu bersedia untuk ditanya pelbagai lagi soalan berkaitan! Namun panel mungkin juga terus beralih ke soalan lain sekiranya berpuas hati dengan jawapan anda.
Semoga bermanfaat!