Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon • Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon •

Senarai Gaji Perdana Menteri & Menteri Kabinet Serta Elaun & Kemudahan Bulanan Diterima

Oleh Cikgu Shaari • December 6, 2022 • 3 min baca

Senarai Gaji Perdana Menteri & Menteri Kabinet Serta Elaun & Kemudahan Bulanan Diterima
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti dijanjikan, Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menerima gaji bulanan sebagai Perdana Menteri. Jemaah Menteri pada 5 Disember 2022 telah bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20% setiap bulan.

Perdana Menteri menyatakan keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini. Pemotongan gaji itu dikatakan akan dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih. Walaupun Perdana Menteri tidak ambil gaji dan jemaah menteri dipotong gaji, sebenarnya banyak lagi faedah dan keistimewaan yang diterima tau!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai gaji menteri serta faedah dan kelebihan yang diterima.

GAJI PERDANA MENTERI & MENTERI KABINET

Berdasarkan Perkara 6 dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 (Akta 237), gaji Perdana Menteri dan Menteri Kabinet adalah seperti berkut:

  • Perdana Menteri
    Gaji bulanan sebanyak RM22,826.65
  • Timbalan Perdana Menteri
    Gaji bulanan sebanyak RM18,168.15
  • Menteri Kabinet
    Gaji bulanan sebanyak RM14,907.20
  • Timbalan Menteri
    Gaji bulanan sebanyak RM10,847.65

SENARAI FAEDAH & KEMUDAHAN ISTIMEWA

Anda kena ingat ya, menteri tidak terima gaji bulanan semata-mata, mereka juga akan menerima pelbagai faedah dan kemudahan istimewa seperti berikut:

  1. RM50,000 untuk bercuti ke luar negara
    Peluang untuk bercuti ke luar negara sekali setahun. Di mana jikalau bercuti segala kos tiket penerbangan, hotel, termasuk duit saku sejumlah RM50 ribu akan diberikan. Jikalau tidak keluar bercuti ke luar negara pada tahun tersebut, duit saku tersebut dituntut.
  2. Tidak perlu bayar bil elektrik, bil telefon dan bil air
  3. Tidak lebih RM40,000 untuk peralatan & perkakas rumah
    Jikalau mereka mahu beli peralatan dan perkakas rumah, perhiasan rumah, termasuk melakukan ubahsuai rumah, kerajaan akan tanggung selagi mana tidak lebih RM40 ribu setiap tahun.
  4. Minyak PERCUMA
  5. Kereta PERCUMA 
    Model kereta mewah Mercedes S320
  6. Dapat seorang pemandu rasmi untuk kereta yang diberikan
  7. Peruntukan untuk tujuan derma
  8. Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri DITANGGUNG oleh kerajaan
  9. Elaun keraian RM10,500
  10. Elaun Perumahan RM10,800 yang diberikan jika sudah ada rumah sendiri
  11. Elaun parking kereta RM5,700
Nota: Perdana Menteri & Menteri Kabinet juga pada asalnya merupakan Ahli Parlimen yang mewakili kawasan masing-masing ataupun menjawat jawatan Senator di Dewan Negara yang turut mempunyai elaun tersendiri.

ELAUN KHAS AHLI PARLIMEN KERAJAAN & SENATOR DEWAN NEGARA

Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 (Akta 237) Perkara 3 menjelaskan tentang saraan bagi Ahli Parlimen seperti berikut:

  • Saraan bagi Ahli Parlimen hendaklah berupa:
    a) bagi ahli Dewan Negara, elaun bulanan sebanyak RM11 ribu
    b) bagi ahli Dewan Rakyat, elaun bulanan sebanyak RM16 ribu
  • Jika seseorang Ahli Parlimen dilantik sebagai Ketua Pembangkang, dia adalah berhak, selain elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 1(b), mendapat elaun bulanan sebanyak tiga ribu lapan ratus empat puluh enam ringgit dan lima puluh sembilan (RM3,846.59)

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.