Program BikeCare-1000: Cara Mohon Bantuan Pendahuluan Untuk Pembelian Motosikal
Panggilan buat pekerja GIG! Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) ingin membantu pekerja sektor GIG dengan menawarkan Program BikeCare-1000. Bagi pekerja yang berminat untuk memohon bantuan itu, mereka boleh menyemak terma dan syarat bagi permohonan tersebut.
Program BikeCare-1000 ini merupakan suatu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu para pekerja GIG (p-hailing). Bantuan pembayaran pendahuluan untuk belian motosikal disediakan bagi meringankan beban pekerja yang telah dan ingin menceburi sektor GIG ekonomi.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bantuan program BikeCare-1000 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Sehingga 27 Januari 2023
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan BikeCare-1000 dibuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Permohonan adalah terbuka kepada warga Selangor sahaja
- Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon
- Pemohon mestilah mempunyai lesen motosikal yang sah
- Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS
- Permohonan terbuka kepada pekerja yang telah dan ingin menceburi bidang p-hailing (Tertakluk terma dan syarat)
- Permohonan yang lengkap sahaja akan dilayan
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang jelas)
- Salinan Kad Pengenalan Penjamin (keluarga terdekat)
- Salinan Penyata Bank terkini (2bulan)
- Salinan Lesen Motosikal
- Salinan Slip Gaji Terkini (2 bulan)/ Surat Lantikan Syarikat (untuk pekerja p-hailing yang sedang berkhidmat sahaja)
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan bantuan ditawarkan dan berkelayakan, anda boleh buat permohonan dengan ikut panduan berikut:
- Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas menggunakan pen dakwat hitam/ tiru
- Setiap maklumat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab pemohon dan pihak urus setia tidak akan memproses permohonan yang memberi maklumat palsu
- Permohonan yang lewat tidak akan diproses
- Kegagalan pemohon untuk mengisi butir-buri yang dikehendaki serta gagal menyertakan lampiran dokumen borang menyebabkan permohonan ditolak
- Sila kembalikan borang beserta lampiran yang diperlukan sebelum 27 Januari 2023
- Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat UPPS pada alamat:
East Entrance, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15 40200 Shah Alam, Selangor
Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah: